Thursday, April 14, 2011

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN DAERAH - MEMANAH

Program : Pemantauan Sukan Memanah Bil.02/2011 - Bulan April

Tarikh : 13hb April 2011 (Rabu)

Tempat : PLD St. George (Sek.Menengah St.George)

Masa Latihan : 8.00 am - 11.00 am

Masa Lawatan : 10.00 am - 11.15 am


Seramai 8 atlet sedang menjalani latihan sesi pagi di pusat latihan ini dan dilatih oleh JPM MSNegeri Cik Shamani Ganesen. Atlet2 ini terdiri daripada 3 atlet elit, 3 atlet pelapis dan 2 atlet pembangunan. Mereka menjalani latihan disebelah pagi kerana petang ada sesi persekolahan. 2 atlet elit, Salina Putriana & Siti Fatimah telah melanjutkan pelajaran di kolej dan waktu latihan sentiasa berubah bergantung kepada jadual kelas.


Hari ini berlatih pusingan olimpik 70m dan ia sebagai persedian untuk ke Kejohanan Terbuka UUM 2011 esok. Sesi latihan akan bersambung pada waktu petang dan atlet yang bersekolah pagi pula yang akan turun latihan. Masalah yang dihadapi adalah kekurangan bow dan limb yang sesuai. Pihak saya akan berbincang bersama Unit Sukan JPN bagi membantu perkara ini.Sekian, terima kasih.


Shasha Tarmuzi









0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved