Monday, April 4, 2011

KERJASAMA BERSAMA PBT - CADANGAN MEMBINA PUSAT LATIHAN MEMANAH DI BALIK PULAU

Tarikh : 31 Mac 2011 (Khamis)

Masa : 3.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat JKKK, Balik Pulau, Pulau Pinang

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) iaitu Sr Mohd Zahry Bin Shaikh Abdul Rahman dan dihadiri oleh Pengarah Khidmat Kemasyarakatan MPPP, Wakil Pengarah Bangunan MPPP, Unit Landskap MPPP, Pembantu Khas kepada Speaker Dewan Undangan Negeri, Pengerusi JKKK Kg.Nelayan, Kuala Sg.Pinang, Pengerusi Persatuan Penduduk Kg.Nelayan, Pengerusi Persatuan Nelayan, Kg.Nelayan, Penyelaras DUN Telok Bahang dan Penyelaras Majlis Sukan Daerah (MSD) Barat Daya.

Mesyuarat ini membincangkan bagi tujuan menubuhkan kemudahan sukan memanah di daerah Barat Daya khususnya di Kg. Sg.Pinang & Kg.Nelayan. Cadangan ini diusulkan oleh Prof.Mohd Zahry selaku Ahli Majlis MPPP. Mohon kerjasama dari pihak MSN P.Pinang dan USPTN untuk melaksanakan program tersebut. Ini adalah untuk memberi pendedahan kepada anak-anak di kawasan tersebut untuk melibatkan diri dalam bidang sukan khasnya sukan memanah. Ada beberapa sukan yang dirasakan sesuai untuk dibangunkan dikawasan tersebut selain sukan memanah seperti sukan petaque, silat dan sepak takraw.

Pihak beliau mohon diadakan satu program pencarian bakat baru (TID) di kawasan tersebut. Dana dari segi tajaan & sumbangan daripada pihak 'sponsor' akan diuruskan oleh pihak MPPP dan pihak MSN, USPTN dan ISN hanya menguruskan perjalanan program dan dibantu oleh JKKK kawasan tersebut. Pihak kita hanya perlu menyenaraikan beberapa perkara yang diperlukan dan bajet untuk program tersebut bagi memudahkan pihak MPPP menyediakan berapakah dan perkara yang diperlukan oleh pihak kita sebelum, semasa dan selepas program.

Hasil pemerhatian saya, Prof Mohd Zahry amat berminat untuk membangunkan sukan dikawasan tersebut khasnya dari sukan memanah. Mesyuarat ini akan diadakan sekali lagi pada 14 April 2011 dan pihak saya mencadangkan supaya menjemput bersama PPD Daerah Barat Daya, Unit Sukan JPN dan Pejabat Belia & Sukan daerah Barat Daya pada mesyuarat akan datang.

Mesyuarat ditunda pada jam 5.30 petang.


Shasha Tarmuzi






1 comments:

Anonymous,  April 4, 2011 at 8:33 AM  

tahniah orang penang atas usaha berterusan membangunkan sukan memanah.

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved