Wednesday, April 13, 2011

GIMNASTIK & GIMRAMA - USPTN / MSN CARI BAKAT BARU

Tarikh :12 April 2011

Tempat : Tadika Krista Island Glades, Tadika The Wendy House dan Tadika Juara Jelita

Jurulatih :

En Foong Kok Seng (Gimnastik) dan Byun Sangmi (Gimrama)

Pegawai :

Hamidi bin Lokman (USPTN) Sharifah Shahida bt Syed Ali (Penyelaras MSNPP)

Program Pencarian Bakat Baru adalah kesinambungan program–program yang dijalankan oleh Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang dan Institut Sukan Negara Pulau Pinang dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai atlet-atlet Pulau Pinang dan seterusnya mengharumkan nama Malaysia dalam bidang sukan. Pencarian bakat baru untuk sukan Gimnastik Artistik dan Gimrama telah diadakan di Tadika Krista Island Glades, Tadika The Wendy House dan Tadika Juara Jelita.

Tujuan mengenalpasti bakat baru ini adalah untuk mencari bakat-bakat baru untuk sukan Gimnastik dan Gimrama sebagai pelapis atlet-atlet Pulau Pinang sedia ada. Sambutan dan layanan daripada pihak Tadika-tadika yang terlibat amatlah menggalakkan. Para guru tadika-tadika terbabit juga berkerjasama mengawal pelajar-pelajar sepanjang sesi mengenalpasti bakat tersebut. Pemilihan atlet-atlet gimnastik dan gimrama untuk peringkat permulaan ini ialah jurulatih memeriksa fizikal kesemua pelajar-pelajar tersebut. Seterusnya pelajar-pelajar yang mempunyai fizikal yang sesuai yang telah terpilih diuji melalui beberapa ujian ringkas iaitu berlari dan melompat.

Hasil program ini daripada 90 orang pelajar daripada 3 buah tadika tersebut, 7 orang untuk sukan gimnastik dan 13 orang untuk sukan gimrama telah terpilh untuk datang ke sesi pemilihan peringkat kedua yang akan dijalankan pada 15 April 2011 (Jumaat) pada jam 7.30 hingga 9.30 malam bertempat di Akademi Gimnastik MSNPP dan Akademi Gimrama MSNPP. Program pencarian bakat baru ini berakhir pada jam 11.30 pagi. Program pencarian bakat-bakat baru seperti ini akan diteruskan ke tadika-tadika lain untuk mencari lebih ramai pelapis atlet-atlet Gimnastik Artistik dan Gimrama Pulau Pinang untuk masa hadapan.


Hamidi bin Lokman














0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved