Friday, April 8, 2011

PEMANTAUAN KUN KE PLN MENEMBAK & SKUASY

Tarikh : 07 April 2011 Masa : 3.00 - 4.00 pm Tempat : Penang Rifle Club

Latihan dijalankan lewat pada hari ini kerana atlet tiba lewat atas sebab sesi persekolahan. Sementara menunggu atlet tiba sesi perbincangan ringkas bersama jurulatih & SU kelab diadakan. Di maklumkan latihan berjalan baik & lancar. Beberapa alatan baru yang dibeli oleh pihak Kelab telah tiba hasil dana yang diperolehi semasa penganjuran Kejohanan Menembak Piala TYT lalu.

Diharap atlet akan terus bersemangat untuk terus menjalani latihan dengan bantuan serta alatan yang baru ini. Kerjasama yang baik daripada jurulatih & Kelab Menembak ini diharap mampu menghasilkan keputusan yang cemerlang dalam setiap kejohanan yang disertai.




@ PLN Skuasy

Sedikit masa diambil untuk singgah di PLN Skuasy di Bukit Dumbar. Ketika lawatan hanya 2 orang atlet sedang menjalani latihan dibawah kendalian Mr. Metthew. Manakala atet serta jurulatih lain kini berada di Kuantan untuk menyertai Kejohanan 2nd Leg CIMB.





0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved