Friday, April 15, 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSPP PERINGKAT NEGERI 2011 - update

LAPORAN RINGKAS PADA HARI KETIGA ( 14/4/2011 )

Kejohanan telah memasuki hari ketiga dengan semua acara telah berlangsung di peringkat akhir. Acara terakhir dari atlet olahraga kita adalah acara 100 meter ( akhir ) yang melibatkan seramai 8 atlet yang bertanding pada peringkat akhir. Hari ini adalah hari penentu untuk menentukan siapa yang akan digelar raja pecut MSSPP 2011.


Namun demikian atlet ASZU telah menduduki tempat kedua dengan catatan 11.1 saat selepas dikalah kan oleh atlet dari zon Balik Pulau dengan catatan 10.9 saat sahaja. Oleh yang demikian atlet kita berasa puas hati dengan catatan beliau walaupun telah dikalahkan dengan beberapa saat sahaja. Itulah semangat juang atlet-atlet untuk mengharumkan sekolah, negeri mahupun negara. Tahniah kepada para pemenang untuk kejohanan kali ini. Semoga kita berjumpa di lain kejohanan.


Turut hadir pada temasya kali ini beberapa orang jurulatih Program Pelapis Serantau untuk melihat serta mengenalpasti atlet-atlet yang berbakat untuk dilatih & diserap ke dalam Program. Sekian laporan ringkas dari saya.


Suhaimi Salleh, ASZU.











0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved