Monday, April 11, 2011

KEJOHANAN TERJUN PROGRAM PELAPIS NEGERI SIRKIT 1/2011 - Last Day

Berikut adalah laporan ringkas bagi hari ke-3 dan terakhir Kejohanan Terjun Program Pelapis Negeri 01/2011.


Pada hari ini, hanya 1 acara dengan 2 kategori umur sahaja yangdipertandingkan iaitu acara :-


1. 1m Papan Anjal (bwh 17 tahun) (L)


2. 1m Papan Anjal (bwh 17 tahun) (W)


3. 1m Papan Anjal (bwh 12 tahun) (L)


4. 1m Papan Anjal (bwh 12 tahun) (W)


Bagi acara 1m Papan Anjal (bwh 17 tahun) (L), seramai 14 penerjun yangmengambil acara tersebut dengan penyertaan 6 buah negeri iaituSarawak, Sabah, Perak, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan & PulauPinang.Manakala bagi acara 1m Papan Anjal (bwh 17 tahun) (W) hanyadisertai seorang penerjun dari negeri Johor. Bagi acara 1m Papan Anjal(bwh 12 tahun) (L) pula, seramai 6 penerjun mengambil bahagian iaitudari negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.Dan seterusnyabagi acara terakhir yang dipertandingkan iaitu 1m Papan Anjal (bwh 12tahun) (W) telah disertai 6 atlet dari 5 buah negeri (Pulau Pinang,Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor & Sabah).


Keputusan bagi acara2 yang dipertandingan adalah seperti berikut :-


1m Papan Anjal (bwh 17 tahun) (L)


1. Muhd Syafiq Bin Puteh - Perak


2. Carlysle Chan Wee Chiek - Sarawak


3. Muhammad Danial Bin sabri - Negeri Sembilan1m


Papan Anjal (bwh 17 tahun) (W)


1. Nur Annatasia Bt.Md Hafizan - Johor


1m Papan Anjal (bwh 12 tahun) (L)


1. Ng Zheng Hao - Selangor


2. Muhammad Danial Bin Sabri - Negeri Sembilan


3. Hanis Nazirul Jayasurya - Kuala Lumpur


1m Papan Anjal (bwh 12 tahun) (W)


1. Dhabitah Binti Sabri - Kuala Lumpur


2. Adline Chin - Selangor


3. Ng Zheng Ni - Selangor


Dimaklumkan, atlet Pulau Pinang telah mengambil acara seperti berikut :-


Kuek Pze Shiuan (13 tahun/ L)


1. Platform (bwh 17 tahun)(L)


2. 1m Papan Anjal (bwh 17 tahun)(L)


Cheng Xin Ying (10 tahun/W)


1. Platform (bwh 12 tahun)(W)


2. 1m Papan Anjal (bwh 12 tahun)(W)


3. 3m Papan Anjal (bwh 12 tahun)(W)


Kejohanan tamat kira2 jam 12.00 tengahari dan selepas itu SDO2 danJurulatih2 ada sesi perbincangan bersama Pengurus Pelapis NegeriSukanAkuatik, Pn. Nur Ehsan Bin Hasan. Pasukan Pulau Pinang tidak membawa sebarang pingat untuk dibawapulang. Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada kedua-dua penerjuntersebut diatas kesungguhan yang ditunjukkan ketika bertandingwalaupun volume latihan sebelum ke kejohanan amat terhad kerana masalah kolam dan tidak dapat berlatih didalam kolam sepenuhnyaseperti pasukan lain.


Pasukan Pulau Pinang hanya sempat berlatih diPLN Ipoh hanya sekali pada bulan Mac, selebihnya berlatih di AkademiGimnastik MSN Pulau Pinang. Pasukan tiba 07hb April (sehari sebelumkejohanan) kerana ingin berlatih di kolam terjun. Apa2 pun, beberapaperkara telah diambil hasil perbincangan tidak rasmi SDO2 danJurulatih2 negeri lain yang memberi idea untuk memastikan atlet sukanterjun kekal bersama pasukan dan seterusnya dapat meningkatkanprestasi atlet2 terjun di Pulau Pinang.Sekian, terima kasih.


Shasha Tarmuzi








0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved