Thursday, April 14, 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSPP PERINGKAT NEGERI 2011

Program : Kejohanan Olahraga MSSPP Peringkat Negeri 2011

Venue : Stadium Bandaraya, Pulau Pinang


LAPORAN RINGKAS PADA HARI PERTAMA ( 12/4/2011 )

Pada kejohanan kali ini, atlet olahraga dari pelapis serantau LIM WOOI CHEW telah mewakili sekolah bagi ZON BUTTERWORTH. Kejohanan pada kali ini disertai sebanyak 12 zon seluruh Pulau Pinang. Pasukan bagi Zon Butterworth telah menggamatkan suasana dengan kutipan emas pertama dari atlet olahraga kita iaitu Lim Wooi Chew bagi acara lompat kijang. Sungguh pun dengan hanya lompatan sebanyak 2 kali sahaja telah menceriakan kem zon Butterworth dengan emas pertama bagi acara itu.

Untuk makluman tuan saya memohon kemaafan kerana tidak dapat menyertakan gambar atlet tersebut bertanding atas alasan tidak mempunyai kamera.Untuk hari kedua saya akan cuba sedaya upaya untuk mencari kamera yang boleh memberi fokus secara dekat. Kami dari Pelapis Serantau mengucapkan tahniah kepada atlet tersebut kerana menyumbangkan emas yang berharga itu.


LAPORAN RINGKAS PADA HARI KEDUA ( 13/4/2011


Kejohanan telah memasuki hari kedua dengan pelbagai acara dipertandingan. Acara pertama yang diwakili atlet olahraga kita adalah acara 100 meter ( saringan ) yang melibatkan hanya 6 zon sahaja. Bagi acara ini semestinya tertumpu kepada atlet SMK Mutiara Impian yang menjadi taruhan untuk digelar raja pecut MSSPP pada kali ini. Namun demikian atlet tersebut terasa mendapat tentangan daripada atlet pelapis kita. Anggapan itu menjadi kenyataan apabila atlet pelapis kita dapat mengalahkan atlet daripada SMK Mutiara Impian dengan catatan 11.36 saat. Atlet pelapis kita dapat melayakkan diri ke peringkat akhir yang akan dijangka berlangsung pada 14 April 2011 pada jam 3.00 petang.


Pada sesi petang hari kedua menjadi penentu kepada atlet pelapis kita untuk menguji kemampuan beliau bagi acara kegemaran iaitu lompat jauh.Seramai 12 orang yang masuk bertanding bagi acara ini. Atlet kita menjadi sandaran untuk mengutip pingat emas dan ternyata menjadi kenyataan dengan mengharumkan kem zon Buttetrworth dengan catatabn lompatan sejauh 7.11 meter dengan rekod baru MSSPP. Berkemungkinan atlet pelapis kita dalam senarai untuk digelar Olahragawan MSSPP 2011. Beliau juga berasa bangga kerana dapat mengatasi catatan lama beliau semasa di pertandingan Kedah Open 2010. Beliau juga amat terharu dengan catatan yang baru beliau lakukan. Semoga beliau dapat membuat catatan terbaik seterusnya rekod untuk MSSM sejauh 7.29 meter.


Laporan Oleh ; Suhaimi Salleh, ASZU











1 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved