Wednesday, April 13, 2011

LAPORAN PEMANTAUAN PPN - PLN MEMANAH

Program : Pemantauan Sukan Memanah Bil.01/2011 - Bulan April

Tarikh : 12hb April 2011(Selasa)

Tempat : PLN Batu Uban (Kompleks Belia & Sukan P.Pinang)

Masa Latihan : 3.00 pm - 8.00 pm

Masa Pemantauan : 5.00 pm - 8.00 pm


Ketika pemantauan dijalankan, atlet-atlet sedang menjalani latihan seperti biasa. Atlet elit sedang shot untuk jarak 90m, atlet pelapis sedang shot jarak 50m dan atlet baru sedang shot jarak 10m. Selebihnya ada yang tarik kosong. Atlet juga sedang menjalani latihan persedian untuk ke Kejohanan Terbuka UUM 2011 pada 14-17 April 2011. Cuaca hujan renyai2 tapi atlet tetap meneruskan latihan seperti biasa.


Keadaan padang penuh dengan rumput yang panjang. Ini agak bahaya jika ada haiwan berbisa seperti ular jika atlet sedang mengambil anak panah di kawasan tersebut. Saya akan maklumkan pada MSNegeri supaya mesin kawasan tersebut kerana PLN ini tidak dikenakan sebarang sewaan oleh pihak JBS.


Di kesempatan yang ada, saya juga ada berjumpa dan berbincang bersama ibubapa yang hadir dan berharap mendapat sokongan daripada ibubapa dan ia amat penting bagi mengeratkan lagi hubungan 2 hala antara msn dan ibubapa.Dalam masa yang sama, pihak saya memaklumkan tentang pergerakan ke kejohanan pada 14hb nanti.


Pihak saya memantau sehingga tamat latihan kira2 jam 8.00 malam. Jurulatih Jaffery Low memastikan semua peralatan dan atlet selesai baru beliau pulang. Komitmen jurulatih ini amat memuaskan. Dimaklumkan juga, pada sesi sebelah petang di pejabat jam 3.35pm, saya dan jurulatih ada mengadakan sesi perbincangan tentang prestasi atlet Pulau Pinang yang semakin menurun dan memikirkan cara untuk memastikan atlet mampu memberi prestasi yang baik. Sekian, terima kasih.


Shasha Tarmuzi












0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved