Friday, April 15, 2011

LAPORAN KEJOHANAN MEMANAH UUM OPEN 2011 - Day 1

Program : Kejohanan Memanah Terbuka UUM 2011

Tarikh : 14hb - 17hb April 2011

Tempat : Padang Memanah Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah


Seawal jam 8.00 pagi atlet telah berkumpul di dataran MSN Pulau Pinang. Kesemua atlet dihantar oleh ibubapa masing-masing dan pergerakan pagi ini adalah dengan menaiki 4 buah kereta (2 kereta Jurulatih, 1 van & 2 kereta ibubapa atlet). Penyertaan dari Pulau Pinang adalah seramai 21 orang (1 SDO, 2 Jurulatih, 11 Atlet Recurve & 6 Compound). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah untuk tiba di lokasi pertandingan. Mesyuarat Pengurus Pasukan diadakan pada jam 10.30 pagi dan diketuai oleh Lt.Annamalai (NAAM) dan En.Puvaneswaran (UUM). Semua pasukan membuat pengesahan pasukan masing-masing.


Sesi latihan rasmi adalah disebelah pagi dan petang. Kejohanan ini menggunakan sistem 'double 70' iaitu dengan jarak 70m sahaja. Kategori yang dipertandingan adalah individu, berpasukan, pusingan olimpik dan 'mixed double'. Sequence yang akan diadakan adalah ABC dan sebanyak 40 target but dengan 40 lorong digunakan semasa kejohanan ini. Kepada atlet yang bertanding, selamat maju jaya dan buat yang terbaik. 'Penang Go For GOLD'. Sekian dari UUM Sintok, Kedah.


Shasha Tarmuzi














3 comments:

Anonymous,  April 19, 2011 at 8:54 AM  

terbaik...

ila pelapis n9,  April 30, 2011 at 2:34 AM  

terbaik la open uum

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved