Wednesday, April 20, 2011

PEMANTAUAN PPN - PUSAT LATIHAN SKUASY

Tarikh : 19hb April 2011 [Selasa]
Masa : 3.45 petang - 4.30 petang
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicold David, Bukit Dumbar, Pulau Pinang.
Kehadiran Atlet : 8 lelaki dan 7 perempuan


Kehadiran Jurulatih :

JPM Mr. Khoo Teng Hin, JSM Mr. Matthew Wong dan JL MSNPP Mr. Aroon.


Laporan Pemantaun :


Mendapati beberapa atlet sedang menunggu untuk memulakan sesi latihan yang bermula dari pukul 4.00 petang dan masa terakhir 9.00 malam. Kehadiran Atlet untuk menjalani latihan adalah secara berperingkat. Jumlah Atlet Pelapis Negeri yang menjalani latihan di PLN Bukit Dumbar di bawah selian JPM Mr. Khoo Teng Hin dan JSM Mr. Matthew Wong seramai 22 orang. Kesempatan waktu diambil untuk beramah-mesra dengan atlet yang hadir dan bertanyakan khabar.


Pulau Pinang selaku tuan rumah untuk Kejohanan "16th Asian Individual Championship 2011" yang akan berlangsung pada 26 - 30 April 2011 dan mendapati kerja-kerja membaik-pulih gelanggan sedang dilakukan. Memaklumkan kepada JPM Mr. Khoo Teng Hin tidak dapat bersama dan membantu semasa kejohanan dijalankan kerana menghadiri "Bengkel" di Johor anjuran Majlis Sukan Negara.


Latihan dijalankan di tiga gelanggang dibawah selian JPM Mr. Khoo Teng Hin, JSM Mr. Matthew Wong dan JL MSNPP Mr. Aroon. Mendapati seramai 15 atlet yang hadir pada masa tersebut.
Pemantauan diakhiri dengan perjumpaan bersama ketiga-tiga jurulatih dan tiada perkara yang dibangkitkan. Sekian dilapurkan,terima kasih.

FATIMAH BINTI JAMIL
































0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved