Wednesday, April 20, 2011

KEJOHANAN BADMINTON MSSPP 2011 - 1st Day

Tarikh : 19hb April 2011 [Selasa]
Masa : 2.00 petang - 3.40 petang
Tempat : Dewan Badminton PBA Bukit Dumbar, Pulau Pinang.


Tujuan Pemantaun :


1. Untuk berjumpa dengan Pegawai Teknikal JPNPP Sukan Badminton "Mr. Gooi" dan guru-guru yang terlibat dengan Kejohanan MSSPP. Dengan cara ini dapat mengiratkan lagi perhubungan yang baik antara pihak sekolah dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang. Dimaklumkan oleh guru yang hadir, Mr. Gooi hanya akan hadir pada keesokan harinya.
Mendapatkan jadual kejohanan dari JPM En. Razlan. Mendapati sebanyak 47 buah Sekolah Kebangsaan, 78 buah Sekolah Menengah dan di jangkakan seramai 344 murid-murid akan mengambil bahagian di dalam Kejohanan MSSPP pada tahun 2011. Tarikh dan tempat kejohanan seperti berikut :



Tarikh : 19 - 21 April 2011 dan 25 - 28 April 2011
Tempat : Dewan Badminton PBA Bukit Dumbar, Pulau Pinang.


Atlet dari Program Pelapis Negeri mula bertanding pada keesokan harinya.


2. Perjumpaan bersama SU PBA/JSM Mr. Tony Tan dan JPM En. Razlan untuk mendapatkan resit-resit perbelanjaan ke Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Zon A [Peringkat Kedua] di Ipoh, Perak dan membincangkan bajet untuk ke Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan [Peringkat Akhir] di Kuala Lumpur.


Menjelaskan dan memaklumkan kepada SU PBA/JSM Mr. Tony Tan dan JPM En. Razlan untuk mengelakan dari kelewatan menghantar pelarasan dan permohonan bajet kerana PPN [Fatimah Binti Jamil] akan bercuti rehat pada 25hb April 2011. Pada 26 - 28 April 2011 PPN akan menghadiri "Bengkel" di Johor anjuran Majlis Sukan Negara dan akan meneruskan cuti rehat pada 29hb April 2011, hanya akan kembali bertugas pada 3hb Mei 2011.


Perbincangan berjalan dengan lancar dan PPN memperolehi apa yang diperlukan. Sebelum mengakhiri perbincangan PPN mengucapkan ribuan terima kasih kepada SU PBA/JSM Mr. Tony Tan dan JPM En. Razlan atas kerjasama yang diberikan.


Pemantauan seterusnya ke PLN Sukan Skuasy yang bersebelahan dengan PLN Sukan Badminton di Bukit Dumbar, Pulau Pinang. Sekian dilaporkan, terima kasih.


FATIMAH BINTI JAMIL

























0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved