Monday, April 4, 2011

KEJOHANAN SPORTEXCEL-NSC-MTBC MALAYSIAN TENPIN BOWLING JUNIOR CIRCUIT PENANG LEG - 1st Day

Tarikh : 1hb April 2011 [Jumaat]

Masa : 8.00 malam hingga 12.15 pagi

Tempat : Pusat Boling Premium Lanes Sunshine Square Bayan Baru, Penang

Jumlah peserta : 28 orang [24 orang adalah dari Pogram Pelapis Negeri/Skuad SUKMA 2012]

Kategori yang dipertandingkan dan jumlah peserta Pulau Pinang seperti berikut : Umur Bawah 12 tahun - 5 lelaki dan 2 perempuan

Girls Graded - 5 orang dan Boys Graded - 9 orang

Girls Open - 3 orang dan Boys Open 4 orang.

Kejohanan ini merupakan kejohanan tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan (MTBC) bersama Sportexcel, Milo dan Majlis Sukan Negara bagi negeri-negeri di Semenanjung. Pada tahun 2011, Pulau Pinang telah di pilih untuk menjadi tuan rumah dan berdasarkan dari maklumat yang diterima dari pihak MTBC [Mr. George] hanya Negeri Pahang dan Terengganu yang tidak menghantar pasukan.

Memandangkan penyertaan yang menggalakkan dari negeri-negeri yang lain, pihak MTBC telah menetapkan pasukan dari Negeri Pulau Pinang untuk memulakan pertanding pada 1hb April 2011. Pertandingan bagi negeri-negeri yang lain akan berlangsung dari 2hb April 2011 dan pertandingan akhir akan berlangsung pada 3hb April 2011.

Penentuan pasukan Pulau Pinang untuk layak ke pusingan akhir akan diketahui selepas tamat pertandingan pada 2hb April 2011.

Aturcara program pada 3hb April 2011 [Ahad] seperti berikut :

8.30 pagi - Check-in untuk Boys dan Girls Graded

11.00 pagi - Check-in untuk Boys dan Girls Under 12.

1.00 tengahari - Penyampian Hadiah

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

FATIMAH BINTI JAMIL













0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved