Saturday, April 9, 2011

KEJOHANAN TERJUN PROGRAM PELAPIS SIRKIT 01/2011 - 1st Day

Seremban, N.Sembilan - Pasukan Pulau Pinang tiba pada 7hb April 2011 menaiki kereta pada jam 12.30 tenghari. Petang terus diadakan latihan bersama atlet Negeri Sembilan. Pasukan menginap di Spanish Villa Apartment, Negeri Sembilan. Jumlah penyertaan adalah seramai 45 penyertaan dengan pecahan 8 pegawai, 10 jurulatih dan 27 atlet (20 lelaki & 7 wanita). Kejohanan kali ini disertai negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah, Johor, Sabah, Sarawak dan Negeri Sembilan. Kejohanan ini berlangsung selama 3 hari, 8hb April 2011 (Jumaat) telah diadakan Mesyuarat Pengurus Pasukan pada jam 3.00 petang dan atlet menjalani latihan rasmi di kolam. Pulau Pinang mengambil 2 acara iaitu acara Papan Anjal & Platform. Atlet yang menyertai kejohanan kali ini adalah Kuek Pze Shiuan & Cheng Xin Ying. Selamat bertanding kepada kedua-dua atlet. TQ


Shasha Tarmuzi







0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved