Thursday, April 21, 2011

KEJOHANAN BADMINTON MSSPP - update

Tarikh : 21hb April 2011 [Khamis]
Masa : 9.30 pagi - 10.45 pagi
Tempat : Dewan Badminton PBA, Bukit Dumbar, Pulau Pinang.



Sesampai ke tempat kejohanan telah disambut oleh salah seorang AJK Kejohanan [Cikgu Heng]. Beliau telah memperkenalkan kepada Guru-Guru yang hadir dan Pegawai Teknilkal JPNPP [Mr. Gooi] bagi Sukan Badminton.



Kejohanan pada hari ini telah bermula seawal 9.00 pagi dengan Kategori Perseorangan Lelaki dan Perempuan Bawah 12 Tahun. Berkesempatan memantau perlawanan Kategori Perseorangan Perempuan Bawah 18 Tahun. Semasa pemantauan sempat berjumpa dengan Atlet Pelapis Negeri Bawah 12 dan 18 Tahun seramai 12 orang dan mengucapkan semuga berjaya kepada mereka.



Diakhir pemantauan bertemu dengan PK KOKU SMK Datuk Hj. Mohd Nor Ahmad dan membincangkan tindakan selanjutnya untuk murid-murid yang menghadiri Sesi Taklimat dan TID yang telah diadakan disekolah tersebut. Sebelum meninggalkan tempat kejohanan, telah berjumpa dengan Mr. Gooi dan guru-guru yang lain.


Sekian di laporkan, terima kasih.




Fatimah Jamil
















































0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved