Friday, April 15, 2011

PEMANATAUAN PPN - PUSAT LATIHAN TENPIN BOWLING

Tarikh : 14hb April 2011 [Khamis]

Masa : 7.10 malam - 9.00 malam

Tempat : Pusat Boling Premium Lanes Sunshine Square, Bayan Baru, Penang.

Kehadiran Atlet : 6 Pelapis Negeri dan 5 Skuad Latihan SUKMA XV 2012

Kehadiran Jurulatih : En. Albert Yeoh Seng Poh.

Selaku PPN USPTN/Penyelaras Sukan MSNPP bagi Sukan Tenpin Boling memantau kedua-dua program dan mendapati hanya JSM En. Albert Yeoh Seng Poh yang melatih untuk kedua-dua program kerana JLN MSNPP Ms. Kim Eun Jung berada di Thailand untuk urusan rasmi bersama Atlet Skuad Latihan SUKMA XV 2012 yang mengambil bahagian dalam Kejohanan 37th Thailand International Open 2011 yang berlangsung dari 11 - 17 April 2011.

Jumlah Atlet Pelapis yang berlatih di Pusat Boling Premium Lane dibawah selian JSM Albert Yeoh seramai 10 orang dan Atlet Skuad Latihan SUKMA XV 2012 di bawah selian JLN Ms. Kim Eun Jung seramai 14 orang. Bertemu dengan atlet yang hadir, bertanyakan khabar dan bagaimana persiapan mereka untuk ke Kejohanan Sportexcel-NSC-MILO- MTBC - Tenpin Bowling Junior Circuit 2011 yang akan berlangsung dari 6 - 8 Mei 2011 di Melaka.

Kesempatan waktu ini juga digunakan untuk beramah-mesra dengan keluarga atlet yang hadir. Diakhir pemantauan mengadakan perjumpaan bersama JSM Albert Yeoh untuk mendapatkan makluman kenapa kehadiran atlet berkurangan dan persiapan untuk ke Kejohanan Sportexcel-NSC-MILO-MTBC Tenpin Boling Junior Circuit 2011 di Melaka.

JSM Albert Yeoh Seng Poh - Memaklumkan kekurangan atlet menghadiri latihan kerana Atlet sibuk dengan persiapan untuk ke Kejohanan MSSM yang akan berlangsung dari 17 - 21 April 2011 di Melaka dan pasukan Pulau Pinang akan berangkat pada 15hb April 2011. JSM Albert Yeoh juga memaklumkan sesi Roll-Off akan diadakan minggu depan sebagai persediaan ke kejohanan dan menilai prestasi atlet. Sekian dimaklumkan, terima kasih.


FATIMAH BINTI JAMIL

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved