Monday, April 5, 2010

ROADSHOW PROMOSI SUKAN MALAYSIA XIII MELAKA DI PULAU PINANG

Tarikh : 2 April 2010
Masa : 3.00 - 4.30 p.m
Tempat : Queensbay Mall, Aras 1.

Program ini adalah anjuran Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Melaka & Sekretariat Sukan Malaysia XIII 2010 Melaka.

Program telah bermula jam 2.30 petang yang mana wakil Y.A.B. Ketua Menteri Melaka memberi ucapan dan mempromosikan Melaka sempena Sukan Malaysia XIII. Turut hadir bersama menjayakan program tersebut adalah Tuan Haji Mohamed Akbar Mustapha, Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang bersama semua Pegawai dan Penyelaras Sukan bagi membantu dan memeriahkan lagi program yang telah diatur pada hari berkenaan.

Majlis Perasmian Program disempurnakan oleh wakil Y.A.B Ketua Menteri Melaka pada jam 3.30 petang di susuli dengan persembahan pasukan Silat Negeri Melaka dan pasukan Karate, Wushu dari Pulau Pinang.

Beberapa 'booth' telah dibuka di ruang legar Queensbay ini seperti Sekreteriat Sukan Malaysia di Melaka, Zoo Melaka, Majlis Sukan Negeri Melaka, Jabatan Belia dan Sukan Melaka serta beberapa agensi-agensi lain. Dengan adanya agensi-agensi tersebut, ia dapat membantu di dalam memperkenalkan Melaka dengan lebih meluas.










1 comments:

hana,  November 7, 2011 at 12:27 PM  

TAPAK PROMOSI DI RUANG LEGAR MYDIN, BUKIT JAMBUL, PULAU PINANG
Jika anda berminat untuk mempromosikan produk anda di ruang legar Mydin, Bukit Jambul, Pulau Pinang bolehla hubungi saya Hanna di 017-4099769 untuk mengetahui maklumat lanjut.

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved