Monday, April 12, 2010

LATIHAN ATLET MENEMBAK - LAWATAN PEMANTAUAN KUN

Tarikh : 10 April 2010 (Sabtu)
Masa : 11.15 – 12.30 T/H
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang

Lawatan ke PLN ini bertujuan melihat sesi latihan atlet dengan lebih dekat disamping dapat berjumpa dan berbincang bersama jurulatih dan atlet.

Seramai 24 orang atlet sedang menjalani latihan dibawah kendalian jurulatih Ivarn Syazwan serta dibantu oleh tiga (3) JSM MSNegeri iaitu Mohd Shahrul, Mohd Syamim dan Donald Soon semasa lawatan ini dilakukan. Daripada jumlah atlet berkenaan, masing-masing 12 atlet dari acara rifle dan 12 atlet lagi dari acara pistol. Enam (6) atlet pistol berkenaan adalah atlet baru. Jurulatih memaklumkan hanya atlet terbaik sahaja akan dibawa ke Karnival Pelapis 1/2010 di Kedah nanti.

Keseluruhanya sesi latihan berjalan baik dan lancar. Disiplin yang baik serta komitmen yang tinggi ditunjukkan oleh semua atlet semasa sesi latihan.











0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved