Tuesday, April 13, 2010

LAPORAN KEJOHANAN TERJUN PELAPIS NEGERI SIRI 1/2010 - HARI BERTOLAK & PENDAFTARAN PASUKAN

Pasukan Pulau Pinang Sukan Terjun telah menyertai kejohanan yang julung kali diadakan di Shah Alam, Selangor pada 09hb hingga 11hb April 2010. Disertakan laporan ringkas sepanjang kejohanan tersebut.

08/04/2010 (Khamis),

Pasukan sukan terjun Pulau Pinang telah bergerak ke Shah Alam jam 7.00 pagi menaiki 3 buah kereta dengan penyertaan 6 atlet, 1 jurulatih, 1 sdo dan 1 chaperon. Perjalanan ke Shah Alam mengambil masa lebih kurang 5 jam. Pasukan menginap di Carlton Hotel, Shah Alam Selangor dan check in jam 12.00 tengahari. Jam 3 petang pasukan mengambil peluang ini untuk berlatih bersama-sama pasukan Selangor di kolam terjun. Tamat latihan jam 7.00 petang. Malam aktiviti bebas dan kebanyakkan atlet tidur awal kerana keletihan.

09/04/2010 (Jumaat)

Hari ini merupakan latihan rasmi bagi semua kontigen yang menyertai kejohanan ini. Pasukan telah berada di kolam untuk menjalani latihan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan sessi petang jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Malam pada jam 8.30 malam telah diadakan Mesyuarat Pengurus Pasukan dan pendaftaran pasukan diadakan pada mesyuarat tersebut. Penyertaan atlet seramai 40 atlet dengan penyertaan 10 buah negeri. Semasa mesyuarat pengurus pasukan, semua telah bersetuju untuk mengabungkan kategori wanita menjadi satu kategori (asal ada 2 kategori iaitu bawah 13 tahun & atas 14 tahun). Penyertaan kategori 14 tahun keatas (wanita) amat kurang jadi semua sebulat suara untuk mencantumkan kedua-dua kategori tersebut. Kategori lelaki tiada perubahan dengan 2 kategori iaitu bawah 13 tahun dan atas 14 tahun. Acara yang dipertandingkan pada kejohanan kali ini adalah :

1. Papan Anjal 1 meter (Lelaki & Wanita)
2. Papan Anjal 3 meter (Lelaki & Wanita)
3. Platform (Lelaki & Wanita)

Atlet lelaki perlu melakukan 6 terjunan dan atlet wanita 5 terjunan.

Pasukan Pulau Pinang telah menyertai acara dan kategori berikut :

Papan Anjal 1 meter / Papan Anjal 3 meter / Platform (Lelaki 14 Tahun Ke Atas)
1. Liew Zhen Wen

Papan Anjal 1 meter / Papan Anjal 3 meter / Platform (Lelaki 13 Tahun Ke Bawah)
1. Kuek Pze Shiuan
2. Teoh Yi Bhin

Papan Anjal 1 meter / Papan Anjal 3 meter / Platform (Wanita)
1. Loke Shin Hui
2. Teoh Wen Zheng
3. Cheng Xin Ying

Mesyuarat tamat jam 10.00 malam.










0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved