Friday, April 2, 2010

KEM BAKAT SUKAN TERJUN PROGRAM PELAPIS NEGERI SIRI 1/2010 - Last Day

Hari ini 31hb Mac 2010 (Rabu) merupakan hari akhir kem terjun siri 01/2010. Semua atlet telah bersedia untuk pulang ke negeri masing-masing. Pasukan Pulau Pinang telah menaiki bas jam 9.00 pagi dari Spanish Villa Apartment. Sebelum pulang, atlet bergambar kenangan bersama-sama pasukan lain.

Perjalanan ke Pulau Pinang mengambil masa lebih kurang 8 jam. Kami telah berehat di R&R Tapah dan kemudian meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang. Tiba di MSNegeri jam 5.00 petang.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Cawangan Pelapis MSNegara kerana menyediakan dan memberi peluang kepada penerjun menyertai kem seumpama ini, kepada USPTN N.Sembilan & persatuan negeri yang telah menganjur kem dengan menyediakan jadual yang bermanfaat kepada semua atlet dan memberi layanan yang baik sepanjang kem berjalan, kepada pihak MSNegeri Pulau Pinang yang telah memberi bantuan pengangkutan pergi dan balik untuk membawa atlet ke kem tersebut. Ucapan terima kasih kepada semua kerana bersama-sama menjayakan kem ini menjadi begitu manis untuk dikenang dan memberi ruang kepada penerjun berlatih di Pusat Latihan bersama-sama Jurulatih yang berpengalaman.

Sehingga berjumpa lagi di masa akan datang dan jutaan terima kasih diucapakan.













1 comments:

Pelapis-future champions April 2, 2010 at 3:40 PM  

tahniah kepada semua penerjun yang hadir..continue your training and see ya at the next camp

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved