Friday, April 16, 2010

LAPORAN HARIAN KEM BAKAT GIMNASTIK ARTISTIK LELAKI 2010 - 4th Day

Program: Kem Bakat Gimnastik Artistik Lelaki 2010
Tarikh: 15 April 2010
Tempat: Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia

Hari ke empat kem bakat bermula seperti biasa iaitu pada pukul 8.00 a.m dengan latihan bersama En. Pawel. Taklimat diberikan kepada jurulatih setiap negeri berkenaan aktiviti yang akan dilakukan. 15 minit yang pertama, atlet didedahkan dengan sesi pemanasan badan di bawah kendalian En. Pawel bersama bantuan jurulatih setiap negeri.

Setelah tamat sesi memanaskan badan, atlet dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan akan mempelajari teknik asas untuk setiap 6 acara dalam sukan Gimnastik seperti paraller bar, ring, vaulting, high bar, floor dan pommel horse. Pada jam 10.00 am, atlet di beri minum pagi. Program di sambung semula jam 10.30 am. Latihan tamat pada jam 11.40 am.

Pada jam 3.00 am, atlet bersama jurulatih dan SDO bergerak ke Gimnasium 3 untuk sekali lagi menyaksikan latihan yang dilakukan oleh atlet Gimnastik Malaysia. Jurulatih diberi peluang berbincang dan bertanyakan soalan berkenaan sukan Gimnastik kepada En. Pawel. Jam 6.00 pm, program tamat.

Sekian laporan untuk hari ke-4.

Laporan Oleh : Syamsul Afzan Mohd Nor














0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved