Monday, April 26, 2010

KARNIVAL PELAPIS NEGERI - LAPORAN HARI TERAKHIR SUKAN MENEMBAK

Laporan Hari ke-2 Sukan Menembak Karnival Pelapis Negeri 1/2010

Tarikh: 24 April 2010
Masa: 8.00 a.m- 4.00 pm
Tempat: Lapang Sasar Pokok Sena, Alor Setar, Kedah

Pasukan Menembak Pelapis Pulau Pinang telah hadir ke tempat kejohanan pada jam 8.30 a.m. Jam 9.00 am, dua atlet lelaki Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam acara 10 meter Air Rifle Lelaki Individu. Acara tersebut diwakili oleh Mohd Amirul Zikri dan Yee Tian Lee.Yee Tian Lee merupakan atlet baru dan ini adalah kejohanan yang pertama buat atlet tersebut. Di dalam acara ini, kedua-dua atlet tidak dapat meneruskan saingan ke peringkat akhir. Walaubagaimanapun, Mohd Amirul Zikri dapat memperbaharui rekod peribadi iaitu dengan bidikan 533 berbanding kejohanan sebelum ini dengan bidikan 506. Pada jam 10.45 am, acara 10 meter Air Rifle Lelaki tamat.

Jam 11.30 am, acara berpasukan dan individu 10 meter Air Rifle bermula. Kontijen Menembak Pulau Pinang diwakili oleh Sharifah Nurliana, Leow Shiuhmin dan Madihah.Di dalam acara berpasukan, atlet perempuan mengutip jumlah bidikan sebanyak 1043,namun hanya mampu menduduki tempat keempat. Bagi acara individu pula, Anis Shazreen berjaya melangkah ke peringkat akhir namun tidak berjaya memperolehi sebarang pingat.

Pada jam 3.30 pm, kejohanan Menembak diakhiri dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah. Atlet Menembak Pulau Pinang iaitu Mohd Syazani bin Kamarrudin menerima pingat Emas dalam acara 10 meter Air Pistol Lelaki Individu.

Sekian, laporan hari terakhir sukan Menambak Karnival Pelapis Negeri

Laporan Oleh : Syamsul Afzan Bin Mohd Nor








0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved