Sunday, April 11, 2010

KEJOHANAN KARATE-DO KADET & REMAJA KEBANGSAAN KE-20 NEGERI PULAU PINANG 2010 - 1st Day

Tarikh : 10 - 11 April 2010
Masa : 9.00 am - 6.00 pm
Tempat : D' Piazza Lifestyle Mall, Bayan Baru
Kejohanan Karate-Do Kadet & Remaja Kebangsaan ini mula menerima kehadiran atlet dan pegawai pada 8 dan 9 April dimana sesi pendaftaran pasukan serta mesyuarat pengurus pasukan serta majlis pengundian. Kejohanan ini juga menjadi medan untuk pemilihan atlet serta persediaan bagi Kejohanan Karate Remaja dan Kadet Dunia (WKF) pada 2011 nanti.
Kejohanan pada hari pertama dimulakan dengan sesi timbang berat badan dan seterusnya pertandingan bagi acara Kadet Kata, Junior Kata dan Team Kata dimulakan. Pada sebelah petangnya pula pertandingan bagi semua acara Kumite dilangsungkan. Majlis Perasmian dijalankan pada jam 5.00 petang yang disempurnakan oleh YB Puan Lydia Ong Kok Fooi, Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Komunita Negeri Pulau Pinang.












0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved