Saturday, April 24, 2010

LAPORAN HARIAN SUKAN MENEMBAK KARNIVAL PELAPIS 1/2010 - HARI PERTAMA

Tarikh: 23 April 2010
Masa: 8.00 am - 7.30 pm
Tempat: Lapang Sasar Pokok Sena, Alor Setar, Kedah

Acara Air Rifle Wanita bermula. Pasukan Pulau Pinang tidak mengambil bahagian kerana tiada atlet dalam kaegori 16 Tahun kebawah ini. Acara terpaksa dihentikan seketika pada 9.15 am kerana bekalan elektrik terputus di sekitar kawasan Pokok Sena. Bekalan pulih sepenuhnya pada 11.15 am dan acara disambung semula sehingga jam 1.15 pm.

Tepat jam 2.30 pm, acara Air Pistol Lelaki bermula. Hanya seorang atlet Pulau Pinang bertanding iaitu Mohd Shazani dalam kategori individu. Dalam pusingan kelayakan, beliau telah mencatatkan markah tertinggi dengan bidikan berjumlah 544 mata & seterusnya layak ke pusingan akhir, dengan perbezaan 20 mata dari pencabar terdekat dari Pahang.

Pada jam 5.30 pm, acara akhir Air Pistol Lelaki bermula. Mohd Shazani berjaya mengekalkan kedudukan beliau dengan bidikan yang konsistensekaligus memenangi pingat Emas dalam acara ini. Tepat jam 7.30 pm, pasukan bertolak balik ke hotel bersama pasukan Pahang, Sabah & Perak dengan menggunakan kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh tuan rumah.

Sekian laporan hari pertama sukan Menembak Karnival Sukan Pelapis Negeri 1/2010

Laporan Oleh : Syamsul Afzan Bin Mohd Nor









1 comments:

Unknown November 25, 2010 at 9:07 PM  

macammana nak sertai pelapis menembak?

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved