Friday, April 2, 2010

KEM BAKAT SUKAN TERJUN PROGRAM PELAPIS NEGERI SIRI 1/2010 - 5th Day

Laporan hari ke-lima kem sukan terjun seperti berikut :

30hb Mac 2010 (Selasa)

Pagi ini akan diadakan 'mini competition' kepada semua atlet yang terlibat didalam kem kali ini. Kejohanan ini dibahagi kepada 2 kumpulan iaitu Kump A & Kump B. SDO dan Jurulatih bersama-sama menjayakan 'mini competition' ini. SDO diberi pendedahan untuk menjadi teknikal seperti 'announcer', kiraan markah, menjaga atlet mengikut kumpulan dan nama dan lain-lain. Dimulakan pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari. Tujuan diadakan 'mini competition' ini adalah untuk memastikan atlet memahami dan mengaplikasikan teknik yang diajar sepanjang kem diadakan. Ia juga memberi pendedahan kepada atlet baru terutama kumpulan B merasai keadaan ketika kejohanan diadakan kelak. Pihak penganjur akan memilih 10 penerjun yang terbaik bagi setiap kumpulan (lelaki & wanita - campur dalam saatu kumpulan) dan hadiah berupa hamper dan barangan milo akan diberikan kepada pemenang pada jamuan makan malam nanti.

Petang pula, SDO dan Jurulatih telah menghadiri sessi taklimat pemakanan dan psikologi dari ISN bukit Jalil. Tujuan nya adalah untuk berkongsi pengetahuan dan sedikit panduan kepada SDO & jurulatih supaya dapat membantu mereka (atlet & ibubapa) berada didalam keadaan yang sihat dan memakan makanan yang seimbang mengikut keperluan sukan yang diceburi iaitu sukan terjun.

Malam telah diadakan jamuan makan malam bersama atlet dan dihadiri oleh Unit Sukan JPN, Majlis Sukan Negeri Sembilan dan kakitangan USPTN N.Sembilan bagi meraikan atlet terjun yang berjaya semasa 'mini competition' pagi tadi. Tahniah kepada penerjun Pulau Pinang yang berjaya menempatkan diri di 10 yang tebaik.

Kumpulan A
Liew Zhen Wen - Rank 9

Kumpulan B
Ching Choon Yang - Rank 2
Cheng Xin Ying - Rank 3
Teoh Wan Shin - Rank 10

Jamuan makan malam dan bbq tamat jam 10.30 malam dan atlet pulang ke tempat penginapan masing-masing. Sekian, terima kasih.

Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved