Tuesday, April 13, 2010

LAPORAN KEJOHANAN TERJUN PELAPIS NEGERI SIRI 1/2010 - HARI PERTAMA & KEDUA PERTANDINGAN

10/04/2010 (Sabtu)

Jam 9.00 pagi, acara dimulakan dengan 3m Papan Anjal (Lelaki 14 tahun ke atas), 3m Papan Anjal (Lelaki 13 tahun ke bawah) dan 3m Papan Anjal Wanita (18 tahun ke bawah). Acara 1m Papan Anjal (Lelaki 14 tahun ke atas) mengikut jadual diadakan pada jam 2.00 petang dan pihak penganjur telah meneruskan nya pada sebelah pagi. Penyampaian hadiah untuk kejohanan hari pertama diberikan selepas tamat kejohanan. Kejohanan hari pertama tamat jam 2.30 petang.

11/04/2010 (Ahad)

Jam 9.00 pagi, dimulakan dengan acara 1m Papan Anjal (Lelaki 13 Tahun Ke Bawah), diiukuti dengan 1m Papan Anjal (Wanita 18 Tahun Ke Bawah). Sessi pagi tamat jam 12.00 tengahari. Sessi petang dimulakan dengan acara Platform (Lelaki 13 Ke Bawah/ Lelaki 14 Ke Atas/ Wanita 18 Tahun Ke Bawah). Setelah tamat kejohanan, penyampaian hadiah hari ke-2 telah diberikan kepada pemenang dan disampaikan oleh KUN USPTN Selangor.Tamat jam 4.00 petang.

Mengikut jadual, pasukan Pulau Pinang akan berangkat pulang ke Pulau Pinang setelah selesai kejohanan tetapi perkara yang tidak di ingini telah berlaku. Dua (2) buah kereta (Kereta Jurulatih & Chaperon) telah dipecahkan. Kedua-dua buah kereta telah meletakkan kereta didalam tempat letak kereta hotel (yang bersebelahan dengan hotel). Kereta Jurulatih telah dipecahkan di sebelah kiri depan dan telah kehilangan laptop. Kereta chaperon pula dipecahkan cermin bahagian belakang dan telah kehilangan beg sukan atlet. Telah bertemu dengan pihak pengurusan hotel tetapi pihak hotel tidak mahu menaggung sebarang kerugian. Pihak kami telah membuat laporan polis (di Balai Polis Seksyen 11). Pasukan Pulau Pinang yang sepatutnya pulang pada 11/04/2010 terpaksa menunda perjalanan pada keesokkan harinya kerana jam sudah menunjukkan jam 7.30 malam dan keadaan cermin kereta yang pecah teruk (risau jika serpihan kaca masuk kedalam mata jika meneruskan perjalanan).

12/04/2010 (Isnin)

Jam 10.30 pagi telah pergi ke bengkel di Seksyen 25 untuk mebaiki cermin tersebut. Pulang jam 2.30 petang dan tiba jam 7.30 malam di Pulau Pinang. Sekian, dilaporkan untuk kejohanan kali ini.
Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi













0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved