Wednesday, April 28, 2010

KARNIVAL PELAPIS NEGERI 1/2010 - LAPORAN SUKAN MEMANAH

Dilampirkan laporan ringkas sepanjang Karnival Pelapis Sirkit 01/2010 di Kedah Darul Aman pada 21hb hingga 25hb April 2010.

Penyertaan Pasukan Memanah

Pasukan Memanah Pulau Pinang telah menghantar seramai 14 atlet dengan pecahan kategori dan jantina.

Penginapan Atlet
Semua atlet yang menyertai karnival kali ini menginap di ASRC Hotel, Alor Star Kedah. Keadaan bilik amat memuaskan dengan kemudahan yang baik daripada pihak hotel. Bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, kemudahan kolam renang, tv, siaran astro dan lain-lain lagi. Kesimpulannya, kemudahan penginapan amat selesa dan memuaskan dengan harga yang berpatutan serta perkhidmatan yang baik.

Prestasi Atlet
Untuk atlet memanah recurve, ini merupakan kejohanan kedua selepas Kejohanan Sirkit Kebangsaan di Terengganu bulan Mac lepas. Peningkatan skor bagi atlet wanita kategori 1 dan 2. Atlet kategori 1 lelaki prestasi menurun dan sekiranya tidak dapat memenuhi keperluan program negeri, akan digugurkan daripada program. Nama yang diberi amaran secara lisan adalah Chan Min Xhao dan Cheah Sin Beng. Manakala atlet lelaki kategori 2, skor Harith Suffi menurun dan diberi peluang untuk meningkatkan prestasi bagi menempatkan diri ke Karnival ke-2 bulan Oktober nanti. Lukman menunjukkan prestasi mendadak dan selebihnya baru pertama kali menyertai kejohanan (kat 2).
Kategori 1 (Wanita)
1. Ooi Yee Ann - 1215 - 0
2. Michelle Lee - 1016 - 25/32
3. Salina Putriana - 1156 - 10/32
4. Siti Fatimah - 1101 - 16/32
Kategori 1 (Lelaki)
1. Ho Zhao Yong - 1120 - 0
2. Chan Min Shou - 1006 - 30/40
3. Chan Min Xhao - 892 - 40/44
4. Chech Sin Beng - 902 - 38/44
Kategori 2 (Wanita)
1. Meerosha a/p Balakrishnan - 853 - 13/25
2. Nur Naseha Rusli - 1019 - 7/25
Kategori 2 (Lelaki)
1. Muhd Lukman Fitri Jasli - 1081 - 10/55
2. Quak Ting Hua - 882 - 39/55
3. harith Suffi Hasnan - 872 - 40/55
4. Nik Muhd Izzuan - 736 - 44/55

Kesimpulan nya, keseluruhan perjalanan program berjalan lancar dan tiada sebarang masalah. Cuaca juga elok sepanjang pertandingan dijalankan. Dimaklumkan juga, atlet memanah Pulau Pinang yang berada di Pelapis Kebangsaan telah berjaya menempatkan diri di ranking 5 terbaik dan tahniah diucapkan (Jessly Yeoh, Mohd Firdaus Ishak & Mohd Faris Haziq Shuhaimi) Terima kasih kepada Penganjur, Pegawai Teknikal, Jurulatih dan Ibubapa yang memberi sokongan dan kerjasama sepanjang berlangsungnya program dijalankan.

Sekian, saya melaporkan untuk sukan memanah.
Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi











0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved