Thursday, April 15, 2010

LAPORAN HARIAN KEM BAKAT GIMNASTIK ARTISTIK LELAKI 2010 - 3rd Day

Program: Kem Bakat Gimnastik Artistik Lelaki 2010
Tarikh: 14 April 2010
Tempat: Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia

Program Kem Bakat Gimnastik pada 14 April 2010, jam 8.00 am bermula di Gimnasium 3. Antara aktiviti yang berlangsung adalah latihan atlet bersama Ketua Jurulatih Gimnastik Negara iaitu En. Pawel. Sebelum latihan dimulakan, En. Pawel meminta 8 orng jurulatih negeri masing-masing untuk membantu beliau menjayakan program tersebut.

Sesi dimulakan dengan teknik asas memanaskan badan (warm up) bagi acara gimnastik seperti foward roll, backward roll, hand stand, swinging leg, tightening body. Latihan berhenti rehat pada jam 10.00 am dan disambung semula pada jam 10.30 am. Kemudian latihan diteruskan semula dengan teknik asas Gimnastik seperti double leg circle, swing leg, dan pommel horse.Latihan tamat pada jam 11.30 am.

Jam 3.00 am, atlet dibawa ke Gimnasium 3 sekali lagi untuk menyaksikan latihan daripada atlet Gimnastik Kebangsaan. Jurulatih setiap negeri mengambil kesempatan tersebut untuk bertanya dan mempelajari teknik melatih atlet Gimnastik dari En. Pawel. Program tamat pada jam 6.00 pm.

Sekian, laporan hari ketiga Kem Bakat Gimnastik Artistik Lelaki 2010 oleh Syamsul Afzan Bin Mohd Nor dari MSN, Bukit Jalil.












0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved