Thursday, May 19, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SESI SPARRING DIANTARA PLN PULAU PINANG DAN AKADEMI SERANTAU PULAU PINANG

 Tarikh : 18 Mei 2016 (Rabu)
Masa : 5.00 petang – 6.30 Petang
Tempat : Gelanggang Tinju MSN, Batu Uban, Pulau Pinang

Pada  18 Mei  2016 satu sesi sparring telah diadakan di Pusat Latihan Tinju Batu Uban. Ia disertai petinju dari Pusat Latihan Tinju Batu Uban dan petinju Akademi Serantau Pulau Pinang. Hampir 20 petinju menyertai sesi sparring kali ini. Selain sesi sparring, turut berlangsung sesi pemilihan petinju bagi atlet Pulau Pinang ke Kejohanan Remaja Kebangsaan siri2/2016 pada 30 Mei hingga 3 Jun 2016 di SMK Tiang Chandi Pasir Mas Kelantan.

Seramai 4 peserta telah terpilih dari sparring yang telah dijalankan. Sesi sparring seterusnya akan diadakan pada Jumaat ini melibatkan 3 pusat latihan tinju di Pulau Pinang dimana baki petinju yang akan ke Kelantan akan dipilih pada hari tersebut. Sesi berakhir kira-kira 6.30 petang.

Tahniah kepada yang terpilih, semoga dapat menunjukkan semangat juang yang tinggi ketika kejohanan nanti.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved