Sunday, May 8, 2016

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN MEMANAH KEBANGSAAN SIRKIT 2 & TERBUKA KEDAH 2016

Tarikh : 5 Mei 2016 (Khamis)
Tempat : Lapang Sasar Memanah UUM Sintok, Kedah
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang

Hari ini bermula Kejohanan Memanah Kebangsaan Sirkit 2 & Terbuka Kedah 2016 yang berlangsung selama 4 hari bermula 5 Mei 2016 hingga 8 Mei 2016 di Lapang Sasar Memanah UUM Sintok, Kedah Darul Aman. Kejohanan kali ini mengumpulkan semua pemanah-pemanah dari seluruh Malaysia dan dalam masa yang sama untuk menguji skuad sukma negeri yang akan bertarung pada Sukan Malaysia XVIII Sarawak 2016. Kejohanan ini dipecahakan kepada 2 kategori iaitu Recurve dan Compound. Pihak Penganjur menggunakan format pertandingan secara fita.

Pelapis Pulau Pinang menghantar atlet seramai 16 orang yang melibatkan acara recurve dan compound. Kejohanan kali ini merupakan kejohanan terakhir sebelum persiapan ke Sukan Malaysia XVIII Sarawak 2016. Secara keseluruhan jumlah atlet yang menyertai kejohanan seramai 279 atlet (153 lelaki & 126 wanita).

Pada hari pertama kejohanan, acara yang dipertandingkan pada sebelah pagi adalah Recurve Lelaki (90M & 70M) & Compound Wanita (70M & 60M) manakala sebelah petang adalah Recurve Wanita (70M & 60M) & Compound Lelaki (90M & 70M). Keadaan hujan lebat pada sebelah petang menjejaskan rentak setiap pemanah.

Berikut disertakan keputusan rasmi yang melibatkan atlet Pelapis Pulau Pinang :-

RECURVE LELAKI JARAK 90 METER
1. Kharul Aizad Zulkifli - 250/20
2. Naveer Fitri Zinuldin - 237/31
3. Yeoh Wei Khang - 222/44
4. Muhammad Faris Jamaludin - 171/66

RECURVE LELAKI JARAK 70 METER
1. Kharul Aizad Zulkifli - 265/45
2. Naveer Fitri Zinuldin - 270/37
3. Yeoh Wei Khang - 275/30
4. Muhammad Faris Jamaludin - 254/56

COMPOUND WANITA JARAK 70 METER
1. Kayalhvilly - 316/11
2. Syarfa Zulaikha Shabudin - 316/12
3. Hurrunain Abdul Aziz - 313/14

COMPOUND WANITA JARAK 60 METER
1. Kayalhvilly - 326/13
2. Syarfa Zulaikha Shabudin - 319/27
3. Hurrunain Abdul Aziz - 308/35

RECURVE WANITA JARAK 70 METER
1. Nurin Sofiya Ahmad Shukor - 287/7
2. Priyaswary - 251/31
3. Pritiswary - 270/16
4. Wong Li Ying - 205/54

RECURVE WANITA JARAK 60 METER
1. Nurin Sofiya Ahmad Shukor - 266/20
2. Priyaswary - 270/19
3. Pritiswary - 234/50
4. Wong Li Ying - 261/27

COMPOUND LELAKI JARAK 90 METER
1. Khambeswaran Mohanaraja - 328/1 (Emas)
2. Logathasan Vivegandran - 308/17
3. Mohd Syazwan Mohd Fuad - 300/21
4. Syafi Masri Shabudin - 310/12
5. Lee Jia Wei - 264/49

COMPOUND LELAKI JARAK 70 METER
1. Khambeswaran Mohanaraja - 328/20
2. Logathasan Vivegandran - 320/17
3. Mohd Syazwan Mohd Fuad - 311/31
4. Syafi Masri Shabudin - 305/35
5. Lee Jia Wei - 292/47

Pertandingan tamat pada jam 6.00 petang akan bersambung  dengan jarak Recurve Lelaki, Recurve Wanita, Compound Lelaki & Compound Wanita (50M & 30M).

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved