Tuesday, May 17, 2016

LAPORAN HARI KETIGA KEJOHANAN KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 1/2016

Tarikh: 14 Mei 2016 (Sabtu)
Tempat: Terengganu

Pada 14 Mei 2016, berlangsungnya hari ketiga bagi Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 1/2016. Perjalanan sepanjang kejohanan tersangatlah lancar dan  tiada sebarang masalah atau kekurangan yang berlaku. Selain itu, dari segi keputusan pertandingan bagi kesemua sukan sangat  memuaskan. Tambahan pula, kontinjen negeri Pulau Pinang telah memiliki beberapa pingat bagi kategori sukan yang telah tamat dipertandingkan pada hari kedua kejohanan mengikut kategori yang ditetapkan.

Pada hari ketiga kejohanan, beberapa sukan masih terlibat kerana mempunyai pelbagai kategori. Keputusan pertandingan pasukan Pelapis Pulau Pinang mengikut sukan yang telah dipertandingkan pada hari ini adalah seperti berikut yang berikut :-

TINJU
Berdasarkan keputusan di bawah, 2 atlet tinju dari kontijen Pulau Pinang iaitu Muhamad Hafizul Fizy dan Muhammad Hafizuddin telah layak ke pusingan akhir yang bakal berlangsung pada 15 Mei 2016 bagi mewakili kategori masing-masing. 
MEMANAH
SEPAK TAKRAW
Keputusan bagi sukan Sepak Takraw  antara regu lelaki bawah  12-13 tahun dan     14-15 tahun. Hanya satu regu bawah 15 tahun yang layak untuk ke pusingan sparuh akhir. 
ANGKAT BERAT
Keputusan bagi angkat berat adalah seperti dalam rajah dibawah di mana kontijen dari negeri Pulau Pinang berjaya meraih satu  pingat gangsa iaitu dari adik Mohd Syafaris bagi kategori bawah 14-15 tahun  untuk berat 50kg ke atas.    
GIMRAMA
Keputusan yang diperolehi oleh atlet gimrama bagi kontijen negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut

Sekian sahaja laporan pada hari ketiga Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 1/2016. Diharap pasukan pelapis Pulau Pinang dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik pada hari terakhir kejohanan untuk menambah pingat yang sediada dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Sekian, Terima kasih.

Laporan disediakan dari Terengganu.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved