Friday, May 27, 2016

LAPORAN HARI KEEMPAT KEJOHANAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN GIMRAMA SIRI 1/2016

Tarikh : 26 Mei 2016 (Khamis)
Tempat : Gimnasium 1, Institut Sukan Negara, Bukit Jalil

Hari ini merupakan hari ke-4 kejohanan diteruskan lagi dengan beberapa acara pada sebelah pagi iaitu gelung bagi G2 & G3, belantan bagi G4 dan bola bagi LG, G1, & G5. Seterusnya pada jam dua hingga lima petang diteruskan lagi dengan acara gelung bagi U12, belantan bagi U8 & G5, bola bagi U10 dan riben untuk G3. Pada hari ini seorang gimnas berjaya mendapat tempat ke-5 dalam acara riben bagi gred 3.

Berikut disertakan keputusan penuh hari keempat yang melibatkan atlet Pelapis Pulau Pinang :-

Kategori : G3 (Riben)
Evelyn Foo Yi Fei - 8.333 mata (5/9)

Kategori : G3 (Gelung)
Lim Yi Ning - 8.266 mata (18/20)
Evelyn Foo Yi Fei - 7.500 mata (19/20)
Tan Ying Yee - 6.166 mata (20/20)

Kategori : U10 (Bola)
Victoria Manalang Tan Fu Hui - 8.132 mata (7/16)
Nicole Cheng Qi Ern - 7.766 mata (11/16)
Caitlin Cheah Pei Syuen - 7.266 mata (14/16)

Penyampaian hadiah tamat pada jam 5.00 petang dan atlet pulang untuk merehatkan diri dan bersedia untuk keesokan hari.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved