Wednesday, May 25, 2016

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN GIMRAMA SIRI 1/2016

Tarikh : 24 Mei 2016 (Selasa)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil.

Kejohanan Gimrama Sirkit Kebangsaan telah memasuki hari kedua kejohanan.

Pada hari kedua kejohanan, pasukan dari Negeri Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam 4 acara iaitu gred 1 (gelung), gred 3 (freehand), gred 4 (freehand) dan U10 (freehand). Latihan rasmi dijalankan pada jam 7.30 pagi hingga 8.50 pagi. Pertandingan pada sesi pagi bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan pertandingan sesi petang bermula jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Sesi penyampaian hadiah berakhir jam 6.00 petang.

Berikut merupakan keputusan rasmi pada hari kedua kejohanan bagi atlet-atlet dari pasukan Negeri Pulau Pinang :-

Kategori : G1 (Gelung)
Iris Tan Yi Hong - 6.500 mata (15/22)

Leow Qian Yi - 5.300 mata (20/22)
Annabelle Tan Zi Lynn - 3.833 mata (21/22)

Jaclyn Ng Jie Lin - 3.366 mata (22/22)

Kategori : G3 (Freehand)
Evelyn Foo Yi Fei - 8.050 mata (15/20)
Lim Yi Ning - 7.300 mata (17/20)
Tan Ying Yee - 6.150 mata (20/20)

Kategori : Gred 4 (Freehand)
Ong Wei Yee - 11.900 mata (7/12)
Tey Xin Yi - 11.400 mata (10/12)

Kategori : U10 (Freehand)
Victoria Manalang Tan Fu Hui - 9.016 mata (14/20)
Nicole Cheng Qi Ern - 8.300 mata (17/20)
Caitlin Cheah Pei Syuen - 7.750 mata (19/20)

Sekian sahaja laporan pada hari kedua Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Gimrama Siri 1/2016.

Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved