Tuesday, May 3, 2016

LAPORAN HARI KELIMA KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK SIRI 1/2016

Tarikh : 29 April 2016 (Jumaat)
Tempat : Gimnasium Kompleks SUKPA, Kuantan
Masa : 7.00 pagi hingga 10.00 malam

Hari kelima kem diteruskan dengan atlet berkumpul di lobi hotel pada jam 7.30 pagi sebelum bergerak ke gimnasium menaiki bas yang disediakan. Sebelum bergerak semua atlet telah mengambil sarapan pagi seawal jam 7.15 pagi untuk meneruskan sesi latihan pagi.

Atlet diberi masa untuk memanaskan badan setibanya di gimnasium sebelum menjalankan beberapa latihan "difficulties" apparatus dan mini pertandingan. Pada latihan terakhir ada segelintir atlet yang masih melakukan kesilapan kecil. Namun itu tidak mematahkan semangat semua atlet untuk memperbaiki kesilapan kecil dengan pemantauan jurulatih yang berpengalaman.

Pada sebelah malam, diteruskan dengan Majlis Penutupan Kem Bakat Sukan Gimnastik Artistik Siri 1/2016. Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Sha'if Bin Baharuddin Pengurus Sukan Gimnastik Artistik Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara Malaysia. Beliau juga turut memberikan sijil penghargaan dan penyertaan kepada jurulatih dan peserta. Dalam masa yang sama hadiah kepada pemenang mini pertandingan telah disampaikan oleh Encik Syamsudin Bin Sukemi (Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang), hadiah kepada pemenang lelaki dimenangi oleh Afif Syahmi Bin Isa (JOHOR) manakala wanita ialah Siti Hidayatul Shakinah Binti Ahmad (PAHANG).

Sekian, terima kasih

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved