Tuesday, May 17, 2016

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 1/2016

Tarikh : 13 Mei 2016 (Jumaat)
Tempat :Terengganu

Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 1/2016 telah berlangsung untuk hari kedua bagi kesemua jenis sukan yang telah dipertandingkan. Hari ini kesemua atlet bakat Pulau Pinang akan berentap dalam setiap sukan yang telah diambil bahagian. Prestasi atlet agak memuaskan dan mereka menunjukkan semangat yang bersungguh-sungguh dalam pertandingan yang dipertandingkan. Berikut merupakan keputusan sukan yang telah berjaya dipertandingkan pada hari ini.

GIMNASTIK ARTISTIK
Keputusan bagi sukan gimnastik adalah seperti di bawah. Pulau Pinang berjaya memiliki tiga pingat gangsa bagi kategori  apparatus gelang, apparatus kekuda berpelana dan apparatus melombol. 
MEMANAH
Bagi sukan memanah (lelaki), keputusan adalah seperti rajah berikut dimana Kontijen Negeri Pulau Pinang berjaya menempah nama dalam  kategori Recurve Lelaki bawah 13 tahun bagi jarak 30 meter set 1 dan set 2.Bagi kategori wanita pula, keputusan rasmi adalah seperti rajah di bawah dimana atlet dari Pulau Pinang berjaya memasuki kedudukan yang baik dalam kejohanan ini.
 SEPAK TAKRAW
Seterusnya, rajah dibawah adalah keputusan bagi sukan Sepak Takraw  antara regu lelaki bawah  12-13 tahun dan 14-15 tahun  bagi sesi pagi dan petang. Selain itu, bagi acara ini, Kontijen dari  Pulau Pinang berjaya menyapu bersih dengan memenangi keseluruhan perlawanan dengan sempurna.
TINJU
Selain itu, bagi sukan tinju yang berlangsung di Pantai Teluk Ketapang, keputusan adalah seperti berikut
ANGKAT BERAT
Keputusan bagi angkat berat adalah seperti dalam rajah dibawah
OLAHRAGA
Selain itu, bagi sukan olahraga kontijen negeri Pulau Pinang, keputusan semasa adalah seperti yang berikut
GIMRAMA
Akhir sekali adalah keputusan yang diperolehi oleh atlet gimrama bagi kontijen negeri Pulau Pinang. Keputusanya adalah seperti berikut
Sekian sahaja laporan pada hari kedua Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 1/2016. Diharap pasukan pelapis Pulau Pinang dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik pada hari ketiga kejohanan.

Sekian, Terima kasih.

Laporan disediakan dari Terengganu.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved