Tuesday, May 17, 2016

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 1/2016

Tarikh : 12 Mei 2016 (Khamis)
Tempat : Majlis Sukan Negeri, Terengganu

Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 1/2016 telah membuka tirai pada tahun 2016 dimana penganjuran kali ini dilaksanakan oleh Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Terengganu dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu bersama Persatuan Negeri. Kejohanan ini akan berlangsung selama 3 hari bermula pada 12 hingga 15 Mei 2016 yang melibatkan 8 venue pertandingan iaitu Angkat Berat (Mydin Mall Gong Badak), Olahraga (Trek Olahraga, Gong Badak), Memanah (Lapang Sasar Memanah Universiti Sultan Zainal Abidin, Gong Badak) , Tinju (Pantai Telok Ketapang) , Gimnastik (Dewan Gimnastik Pak Su Man, Bukit Payong), Gimrama (Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak), Terjun (Kolam Terjun Universiti Malaysia Terengganu) & Sepak Takraw (Sekolah Sukan Malaysia Terengganu). Sebanyak 14 negeri terlibat dalam kejohanan kali ini, namun pasukan pelapis Pulau Pinang hanya mengambil bahagian dalam 7 sukan daripada 8 sukan yang dipertandingkan.

Kontinjen Pulau Pinang telah bertolak dari Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang secara berperingkat pada jam 8.00 pagi dan tiba di Kuala Terengganu pada pukul 5.40 petang. Penglibatan keseluruhan bagi kontinjen Negeri Pulau Pinang adalah seramai 134 orang yang merupakan 6 orang pegawai, 14 orang jurulatih, dan 114 orang atlet.

Objektif kejohanan ini berlangsung adalah sebagai medan pendedahan atlet-atlet pembangunan. Di samping itu juga atlet-atlet dapat merasai suasana pendedahan pertandingan  sebagai persediaan untuk ke kejohanan yang lebih tinggi. Kejohanan ini juga adalah medan atlet-atlet bertemu serta berkumpul bagi merapatkan hubungan silahturahim.

Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi sukan yang terlibat telah selesai diadakan dimana fasa sebelah petang hanya sukan Sepak Takraw bermula pada sebelah malam. Secara keseluruhan pada mesyuarat kali ini tiada isu-isu berbangkit. 

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved