Tuesday, May 17, 2016

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 1/2016

Tarikh: 15 Mei 2016
Tempat: Terengganu

Pada hari terakhir kejohanan kali ini masih ada beberapa kejohanan dijalankan sebelum pulang ke negeri masing-masing. Pada hari terakhir, beberapa keputusan telah diperolehi dan prestai kesemua atlet dari  14 buah negeri yang terlibat dalam pelbagai sukan dan kategori sangat memuaskan. Selain itu, melalui program ini, dapat dilihat semangat dan minat para atlet muda dalam sukan yang telah mereka ceburi.

Keputusan pertandingan yang telah dipertandingkan pada hari terakhir adalah seperti berikut:
SEPAK TAKRAW
Rajah di bawah adalah keputusan terakhir bagi sukan sepak takraw. Pertandingan telah tamat pada jam 12.00 tengahari dan diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang. Dalam sukan ini, kontijen dari Pulau Pinang (B) telah menjuarai bagi kategori ini. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Encik Ibni Amin bin Busu iaitu Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu. 
GIMRAMA
Bagi sukan gimrama, hanya satu acara yang melibatkan kontijen negeri Pulau Pinang iaitu bagi kategori Gred LG Ball. Berikut adalah keputusan perlawanan.
MEMANAH
Keputusan bagi sukan memanah wanita bagi kategori  Recurve Wanita bawah 13 tahun untuk jarak 25 meter set kedua. Pertandingan tamat pada jam 12.00 tengahari dan diteruskan dengan Majlis Penyampaian Hadiah  kepada semua pemenang.
ANGKAT BERAT
Keputusan bagi angkat berat adalah seperti dalam rajah dibawah di mana kontijen dari negeri Pulau Pinang berjaya meraih satu  pingat emas iaitu dari adik Mohd Azri Syafiq bagi kategori bawah 14-15 tahun  untuk berat 77 kg ke atas.    

Oleh itu, berakhirlah Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 1/2016 yang berlangsung di Terengganu, dimana pasukan Pulau Pinang berjaya membawa pulang 5 Emas, 4 Perak dan 12 Gangsa secara keseluruhan selama 3 hari bertungkus-lumus bertanding. 

Pihak USPTN Pulau Pinang juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada USPTN Terengganu serta MSN Terengganu diatas penganjuran Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 1/2016. Dalam masa yang sama tidak dilupakan sekalung ucapan tahniah kepada atlet dan jurulatih kontinjen Pulau Pinang yang berjaya memenangi pingat bagi yang tidak berjaya kita cuba lagi pada Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 2/2016 yang akan berlangsung di Pulau Pinang.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan dari Terengganu
=

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved