Sunday, May 8, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK SIRI 2/2016

Tarikh : 04 Mei 2016 (Rabu)
Masa : 1.00 petang hingga 4.30 petang
Tempat : SJK (C) Keong Hoe, SJK (C) Kwang Hwa & SJK (C) Shih Chung Cawangan
Kehadiran : 1 Pegawai dan 3 Jurulatih

Pada 4 Mei 2016 program "talent identification" sukan gimnastik artistik (MAG & WAG) telah dijalankan kepada 3 buah sekolah iaitu SJK (C) Keong Hoe, SJK (C) Kwang Hwa dan SJK (C) Shih Chung Cawangan. Tujuan menjalankan "talent identification" siri 2/2016 untuk mencari atlet menjalani latihan pada sesi pagi. Seramai 619 orang pelajar darjah satu lelaki dan wanita telah hadir pada hari tersebut.

Program pencarian bakat baru (TID) sukan gimnastik dimulakan dengan penerangan program sukan gimnastik. Pelajar-pelajar dimaklum bagaimana cara untuk memulakan karier sebagai seorang atlet bermula dari bangku sekolah hingga ke peringkat Kebangsaan.

Setelah taklimat ringkas disampaikan oleh penyelaras, jurulatih mengambil tempat dengan memulakan penerangan latar belakang sukan gimnastik. Taklimat merangkumi pencapaian atlit, jadual latihan serta beberapa elemen yang perlu ada bagi seorang untuk menjadi gimnas yang berjaya di peringkat negeri mahupun negara. Selepas itu, jurulatih memulakan ujian spesfifik kepada pelajar yang berbakat dan mempunyai potensi dalam sukan gimnastik.

Seramai 35 orang peserta dikenal pasti dan akan di panggil ke pusat latihan pada 9 Mei 2016 bagi pelajar wanita dan 18 Mei 2016 bagi pelajar lelaki untuk di saring sebelum diserap terus ke dalam program pelapis. Program tamat pada jam 4.30 petang.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved