Thursday, April 14, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAKTAKRAW

Tarikh : 13 April 2016 (Rabu)
Masa : 6.00 petang - 7.00 petang
Tempat : SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat

KEHADIRAN
1. En. Ahmad Rahimi Bin Azizan - JSM
2. En. Syed Roslan Bin Syed Khalid - JSM
3. En. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 25 orang

LATIHAN
1. Warm Up
2. Perlawanan persahabatan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM)
3. Cooling down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Seramai 18 atlet dan 2 jurulatih akan menyertai Kejohanan Remaja Kebangsaan PSM/MSN Sirkit 2/2106 pada 14 hingga 17 April 2016 di Kompleks Sukan Negara, Taman Keramat, Kuala Lumpur.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Masih memerlukan beberapa peralatan seperti bola takraw, jaring, punching bag.
2. Bola untuk latihan kebanyakan pecah dan tidak boleh digunakan lagi.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Semasa pemantauan dibuat, satu perlawanan persahabatan bersama PDRM sedang dijalankan bagi menguji tahap prestasi atlet. Jurulatih juga masih menguji regu yang akan bertanding pada kejohanan minggu ini.
2. Jurulatih ada memohon bola takraw untuk latihan memandangkan bola yang sedia ada kebanyakan pecah dan tidak boleh digunakan lagi.
3. PPN juga telah menyerahkan borang pendaftaran dan peraturan kejohanan bagi Karnival Bakat Siri 1/2016 yang bakal berlangsung pada 12 hingga 15 Mei 2016 di Gong Badak, Terengganu. 
4. PPN mengucapkan selamat berjuang kepada semua pemain yang akan berjuang pada kejohanan minggu ini. Semoga kejayaan dapat diraih bagi mengekalkan kedudukan terbaik secara berpasukan.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved