Monday, April 18, 2016

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 1/2016

Tarikh : 16 April 2016 (Sabtu)
Tempat : Gimnasium 3, Institut Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil.

Kejohanan Gimnastik Artistik Remaja Kebangsaan Sirkit 1/2016 telah memasuki hari kedua kejohanan. Pada hari kedua kejohanan, pasukan dari Negeri Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam 2 kategori iaitu seorang atlet MAG Class 2 dan 2 orang atlet bagi WAG Level 1. Latihan persediaan sebelum pertandingan bermula dijalankan pada jam 8.00 pagi hingga 8.50 pagi. Pertandingan pada sesi pagi bermula jam 9.00 pagi sehingga tamat pertandingan dan penyampaian hadiah dijalankan pada pukul 2.00 petang.

Berikut merupakan keputusan rasmi pada hari kedua kejohanan bagi atlet-atlet dari pasukan Negeri Pulau Pinang :-

Kategori : MAG (Class 2: 9-10 tahun)
> Palang Tunggal
*Wilson Yeoh Wei Sin - Pingat Gangsa

Kategori : MAG (Class 2: 9-10 tahun)
> Kekuda Berpelana
*Wilson Yeoh Wei Sin - Pingat Emas

Kategori : MAG (Class 2: 9-10 tahun)
> Melombol
*Wilson Yeoh Wei Sin - Pingat Emas

Kategori : WAG (Level 1: 8-9 tahun)
> Melombol
*Kelsy Tan Khai Xi - Pingat Gangsa

Kategori : WAG (Level 1: 8-9 tahun)
> Senam Lantai
*Kelsy Tan Khai Xi - Pingat Perak

Kategori : WAG (Level 1: 8-9 tahun)
> Individu Keseluruhan
*Kelsy Tan Khai Xi - Tempat ke-5

Sekian sahaja laporan pada hari kedua Kejohanan Gimnastik Artistik Remaja Kebangsaan Sirkit 1/2016.

Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved