Monday, April 4, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PERTANDINGAN TAEKWONDO ANTARA DAERAH NEGERI PULAU PINANG 2016

Tarikh : 3 April 2016 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Silat, Majlis Silat Pulau Pinang, Batu Uban, Pulau Pinang
               
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang melalui Majlis Sukan Daerah (MSD) dengan kerjasama Taekwondo Negeri Pulau Pinang (TNPP) telah menganjurkan Pertandingan Taekwondo Antara Daerah Negeri Pulau Pinang Siri 1/2016. Pertandingan ini berlangsung pada 3 April 2016 (Ahad) bertempat di Dewan Silat, Majlis Silat Pulau Pinang. Atlet-atlet yang berdaftar di bawah program Majlis Sukan Daerah masing-masing seramai 113 orang atlet telah mengambil bahagian. Sebanyak lima pasukan bersaing iaitu MSD Seberang Perai Utara, MSD Seberang Perai Tengah, MSD Seberang Perai Selatan, MSD Timur Laut dan MSD Barat Daya. Pertandingan ini dijadikan pendedahan awal pertandingan kepada atlet-atlet baru dan hanya mempertandingkan 2 kategori umur iaitu :-

1) Super Cadet (9 – 11 Years)
2) Cadet (12 – 14 Years)
  
Berikut adalah keputusan pasukan yang mengambil bahagian :-

1) MSD Barat Daya - 11 Emas, 15 Perak, 14 Gangsa
2) MSD Seberang  Perai Tengah - 11 Emas, 7 Perak, 4 Gangsa
3) MSD Timur Laut - 4 Emas, 3 Perak, 4 Gangsa
4) MSD Seberang Perai Utara - 3 Emas, 2 Perak, 5 Gangsa
5) MSD Seberang Perai Selatan - 2 Emas, 3  Perak, 2 Gangsa

Majlis Penyampaian hadiah turut dihadiri Presiden Taekwondo Negeri Pulau Pinang (TNPP) En. Mohamed Sabib Bin Abdullah, Timbalan Presiden En. Rajendran A/L Rajoo, Pengerusi Teknikal En. Rajaderan A/L Rengasamy, En.Ahmad Firdaus Bin Yusuf iaitu Ketua Unit Majlis Sukan Daerah (MSD) Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. 

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved