Monday, April 18, 2016

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 1/2016

Tarikh : 17 April 2016 (Ahad)
Tempat : Gimnasium 3, Institut Sukan Negara, Bukit Jalil

Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan sukan Gimnastik Artistik Siri 1/2016 telah memasuki hari terakhir kejohanan. Pada hari ketiga kejohanan, pasukan dari Negeri Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam 2 kategori iaitu MAG Class 3 dan WAG Class 3. Latihan rasmi dijalankan pada jam 8.00 pagi hingga 8.50 pagi. Pertandingan pada sesi pagi bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah berakhir jam 1.00 petang.

Berikut merupakan keputusan rasmi pada hari ketiga kejohanan bagi atlet-atlet dari pasukan Negeri Pulau Pinang :-

Kategori : MAG (Class 3) - Melombol
Desmond Chung Chun Hao - Pingat Emas

Kategori : WAG (Class 3) - Individu Keseluruhan
Kitty Liam Jia Xuan - Pingat Gangsa

Kategori : WAG (Class 3) - Palang Bertingkat
Kitty Liam Jia Xuan - Pingat Emas

Pada hari terakhir kejohanan pasukan Pulau Pinang akan bertolak pulang pada pukul 3.00 pm. Pingat keseluruhan pasukan Pulau Pinang berjaya mengumpul 4 pingat Emas, 1 pingat Perak dan 3 pingat Gangsa. Sekian sahaja laporan pada hari terakhir Kejohanan Gimnastik Artistik Remaja Kebangsaan Sirkit 1/2016.

Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved