Friday, April 22, 2016

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN SPORTEXCEL MILO-NSC-MILO TENPIN BOWLING JUNIOR CIRCUIT 2016 - PAHANG LEG

Tarikh : 21 April 2016 (Khamis)
Tempat : Kuantan Megalanes, Kuantan, Pahang
Masa : 2.30 petang hingga 11.00 malam

Hari pertama Kejohanan Sportexcel Tenpin Bowling Junior Circuit 2016 - Pahang Leg membuka tirai secara rasminya dimana Pahang lokasi kedua sebagai tuan rumah bagi tahun 2016. Kejohanan ini akan berlangsung selama 4 hari bermula 21 April 2016 dan berakhir 24 april 2016. Penyertaan kali ini melibatkan atlet seramai 474 orang (300 lelaki & 174 wanita) dengan 6 kategori dipertandingkan iaitu Boys Open, Girls Open, Boys Graded, Girls Graded, Boys U12 dan Girls U12. 

Bagi kejohanan kali ini skuad Pelapis Pulau Pinang telah menyertai semua kategori dengan penglibatan atlet seramai 18 orang (8 lelaki dan 10 wanita). Untuk hari pertama hanya kategori Boy Graded dipertandingkan yang melibatkan 5 orang atlet Pelapis Pulau Pinang pada jam 7.00 malam.

Berikut disertakan keputusan hari pertama yang melibatkan skuad Pelapis Pulau Pinang.

BOYS GRADED (ROUND 1)
1. Mohamed Al-Faiz Bin Zainal Abidin - 1677 jatuhan pin (avg 209.63)
2. Megat Zaqrul Haiqal Bin Megat Zairudin - 1603 jatuhan pin (avg 200.38)
3. Muhammad Hariz Adlan Bin Azman - 1598 jatuhan pin (avg 199.75)
4. Muhammad Syauqi Iman Bin Shamsul Rijal - 1497 jatuhan pin (avg 187.13)
5. Brandon Lau - 1350 jatuhan pin (avg 168.15)

Pertandingan tamat pada jam 11.00 malam dan akan bersambung pada keesokan hari (22 april 2016) dengan acara Girls Graded (10.00 pagi), Girls Open (2.30 petang), dan Boys Graded (6.30 petang).

Sekian, terima kasih

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved