Monday, April 18, 2016

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 1/2016

Tarikh : 15 April 2016 (Jumaat)
Masa : 4.00 petang hingga 7.00 malam
Tempat : Gimnasium 3, Institut Sukan Negara, Bukit Jalil

Persekutuan Gimnastik Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Gimnastik Artistik Remaja Kebangsaan Sirkit 1/2016 pada 15 hingga 17 April 2016 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Gimnasium 3, Institut Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil.

Mesyuarat pengurus pasukan telah dijalankan pada 15 April 2016 bermula jam 6.00 petang dan pertandingan bermula pada keesokan hari WAG Class 1,MAG Level 2 & 4 manakala pada hari Ahad WAG Level 3 & MAG Level 3. Atlet pelapis gimnastik Pulau Pinang menjalankan latihan pada pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang.

Sebanyak 8 negeri bagi kategori MAG dan 12 negeri bagi kategori WAG telah mengambil bahagian pada kejohanan kali ini iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Perlis, Kelantan, Selangor, Terengganu, Sabah, Sarawak, Pahang, Johor, Perak dan Kedah.

Kejohanan pada kali ini pasukan dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian bagi kategori MAG Level 2 dan Level 3 untuk acara senam lantai, kekuda berpelana, gelang, melombol, palang sejajar dan palang tunggal manakala untuk WAG pasukan Pelapis Pulau Pinang telah mengambil bahagian untuk Level 1 dan Level 3 bagi acara senam lantai, melombol, palang bertingkat dan batang titian.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved