Wednesday, April 6, 2016

LAPORAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT DALAMAN DAERAH PULAU PINANG

Tarikh : 2 April 2016 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat : Dewan Gimnasium Angkat Berat, Majlis Sukan Pulau Pinang
               
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang melalui Majlis Sukan Daerah (MSD) dengan kerjasama Persatuan Angkat Berat Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Kejohanan Angkat Berat Antara Daerah Negeri Pulau Pinang Siri 1/2016. Pertandingan ini berlangsung pada 2 April 2016 (Sabtu) bertempat di Dewan Gimnasium Angkat Berat Majlis Sukan Pulau Pinang. Kejohanan ini disertai oleh atlet-atlet di bawah program Majlis Sukan Daerah dan Pusat Latihan USPTNPP. Sebanyak lima pasukan bersaing iaitu MSD Seberang Perai Utara, MSD Seberang Perai Tengah, MSD Seberang Perai Selatan, MSD Timur Laut dan MSD Barat Daya. Kejohanan ini dijadikan pendedahan kepada atlet-atlet di bawah 16 tahun dan kategori yang dipertandingkan serta keputusan kejohanan adalah seperti berikut dan keputusan :

Berikut adalah Kategori dan keputusan Kejohanan Dalaman Antara Daerah :

1. Kategori bawah 12 tahun (wanita) open
    i. Khairul Elismalia Bt Arshad - SN : 17kg (E), CJ : 22kg(E) 

2. Kategori bawah 16 tahun (wanita) open
     i. Nurul Husna Bt Abdul Wahab - SN : 20kg (E), CJ : 30kg (E)

3. Kategori bawah 12 tahun 35 kg kebawah 
     i. Mohd Amirul Bin Ismanizam - SN : 40kg (E), CJ : 40kg (E)
     ii. Mohd Alif Bin Ridzuan - SN : 27kg (P), CJ : 37kg (P)
     iii. Muhammad Shaharil Bin Zainol - SN : 17kg (G), CJ : 25kg (G)

4. Kategori bawah 16 tahun 45 kg kebawah
     i. Mohd Arif Zikri - SN : 55kg (E), CJ : 70kg (E)
    ii. Mohd Syafaris Bin Ismail - SN : 50kg (P), CJ : 60kg (P)
    iii. Mohd Zulshah Bin Abdullah - SN : 40kg (G), CJ : 40kg (G)

5. Kategori bawah 16 tahun 56 kg kebawah
    i. Mohd Faiz Bin Che Pi - SN : 45kg (E), CJ : 57kg (E)
    ii. Suria - SN : 37kg (P), CJ : 47kg (G)
    iii. Kiraan Raj - SN : 35kg (G), CJ : 50kg (P)

6. Kategori bawah 16 tahun 77 kg kebawah
    i. Rozaili Mohamad Alkhashah Bin Che Sub - SN : 80kg (E), CJ : Tiada Angkatan
    ii. Mohd Kamarul Zamani - SN : 60kg (P), CJ : 70kg (E)
    iii. Mohamad Aidil Fitri - SN : 57kg (G), CJ : 70kg (P)
    v. Mohamad Nabil Yunus - SN : Tiada Angkatan, CJ : 35kg (G)

7.Kategori bawah 16 tahun 78 kg keatas
    i. Mohd Hazwan Bin Abdul Wahab - SN : 80kg (E), CJ : 100kg (E)
    ii. Muhammad Azri Syafiq - SN : 70kg (P), CJ : 90kg (P)
    iii. Mohammad Najmi Hakim - SN : 69kg (G), CJ : 85kg (G)

Seramai 29 atlet yang menyertai kejohanan ini dan 24 atlet adalah dari Pusat Latihan SMK Permatang Tok Labu dan Pusat Latihan Machang Bubok dan kebanyakkan atlet yang memenangi pingat pada kejohanan ini adalah atlet-atlet dibawah seliaan Encik Arshad dan Encik Jamil iaitu Jurulatih USPTNPP.

Majlis Penyampaian hadiah turut dihadiri oleh Ketua Unit USPTNPP Encik Hamidi Bin Lokman dan Ketua Unit MSD Negeri Pulau Pinang Encik Firdaus Bin Yusof.

Sekian, terima kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Akmal Bin Hashim

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved