Friday, April 15, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLD MEMANAH

Tarikh : 14 April 2016 (Khamis)
Masa : 5.00 petang hingga 7.00 petang
Tempat : SMK Batu Kawan, Seberang Perai Selatan

KEHADIRAN
1. Azlina Muhammad Noor - JSM
2. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 7 orang

LATIHAN
1. Warming Up
2. Shooting Form
3. Cooling Down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Atlet akan menyertai Kejohanan Memanah Antara Daerah Negeri Pulau Pinang Fasa 1/2016 pada 16 & 17 April 2016 di SMK Batu Kawan, Seberang Perai Selatan.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Hari ini merupakan pemantauan pertama dibuat di pusat latihan daerah. Pemantauan ini dibuat untuk berjumpa dengan jurulatih bagi membincangkan lantikan jurulatih, kejohanan, jumlah atlet dan sebagainya.
2. Keadaan cuaca pada petang ini amat panas dan ini membuatkan atlet berada sedikit keletihan.
3. PPN ada menyerahkan borang pendaftaran Karnival Sukan Bakat yang akan berlangsung pada bulan Mei ini. Borang tersebut perlu diserahkan kepada urusetia Unit sebelum 22 April 2016.
4. Karnival ini merupakan kejohanan pertama bagi semua atlet yang berada di bawah program PLD.
5. Latihan bermula lewat kerana semua atlet membantu dalam persiapan padang bagi kejohanan yang akan berlangsung pada minggu ini.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved