Monday, April 18, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PERTANDINGAN MEMANAH ANTARA DAERAH NEGERI PULAU PINANG FASA 1/2016

Tarikh : 16 & 17 April 2016
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : SMK Batu Kawan, Seberang Perai Selatan
               
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang melalui Majlis Sukan Daerah (MSD) dengan kerjasama Persatuan memanah Negeri Pulau Pinang (PMPP) dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (USPTNPP) telah menganjurkan Pertandingan Memanah Antara Daerah Negeri Pulau Pinang Fasa 1/2016. Atlet-atlet yang berdaftar di bawah program Majlis Sukan Daerah masing-masing seramai 92 orang atlet telah mengambil bahagian. Sebanyak 4 pasukan bersaing iaitu MSD Seberang Perai Utara, MSD Seberang Perai Selatan, MSD Timur Laut dan MSD Barat Daya.

Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk mencari bakat-bakat baru terutama pemanah yang berumur dibawah umur 15 tahun. Ia juga dapat menilai prestasi pemanah supaya berada pada tahap yang direkod oelh setiap jurulatih. Jurulatih dibawah program juga dapat mengenalpasti pemanah-pemanah untuk dibuat pemilihan sebelum diserap masuk ke program pelapis.

Pertandingan ini dijadikan pendedahan awal pertandingan kepada atlet-atlet baru dan hanya mempertandingkan 2 kategori umur iaitu :-

1) Bawah 11 Tahun (Jarak 25M & 30M)
2) Bawah 15 Tahun (Double Jarak 50M)

KATEGORI BAWAH 15 TAHUN (LELAKI INDIVIDU)

Emas – Muhammad Hazim Aiman Bin Ahmad Nazri (SPS) – 505
Perak – Lee Hong Ming (TL) – 412
Gangsa – Muhammad Alif Bin Mohd Fauzi (SPS) – 406

KATEGORI BAWAH 15 TAHUN (WANITA INDIVIDU)

Emas – Pritiswary (TL) – 429
Perak – Nur Aishah Maisarah Binti Zainol (SPS) – 324
Gangsa – Wan Nur Affiza Bitni Ahmad (SPS) – 324

KATEGORI BAWAH 11 TAHUN (LELAKI INDIVIDU)

Emas – Ryan Lee (TL) – 592
Perak – Syazwi Ariff (TL) – 570
Gangsa – Viishnu (TL) – 515

KATEGORI BAWAH 11 TAHUN (WANITA INDIVIDU)

Emas – Delwina Cheah (TL) – 638
Perak – Lim Fang Hui (TL) – 450
Gangsa – Aireen Hazirah Binti Khairtul Nasrin (SPS) – 443

KATEGORI LELAKI BAWAH 15 TAHUN (BERPASUKAN)

Emas – Seberang Perai Selatan
Perak – Barat Daya
Gangsa – Timur Laut

KATEGORI WANITA BAWAH 15 TAHUN (BERPASUKAN)

Emas – Timur Laut
Perak – Seberang Perai Selatan
Gangsa – Barat Daya

KATEGORI LELAKI BAWAH 11 TAHUN (BERPASUKAN)

Emas – Timur Laut
Perak – Seberang Perai Utara
Gangsa – Barat Daya

KATEGORI WANITA BAWAH 11 TAHUN (BERPASUKAN)

Emas – Timur Laut
Perak – Seberang Perai Utara
Gangsa – Seberang Perai Selatan

KATEGORI LELAKI BAWAH 15 TAHUN (OLIMPIK ROUND)

Emas – Muhammad Syazwan Syafiq (BD)
Perak – Lee Hong Ming (TL)
Gangsa – Muhammad Alif (SPS)

KATEGORI WANITA BAWAH 15 TAHUN (OLIMPIK ROUND)

Emas – Pritiswary (TL)
Perak – Sam Jia Rou (TL)
Gangsa – Seow Pei Chyng (TL)

KATEGORI LELAKI BAWAH 11 TAHUN (OLIMPIK ROUND)

Emas – Mohd Syazwi Ariff (TL)
Perak – Ryan Lee (TL)
Gangsa – Viishnu (TL)

KATEGORI WANITA BAWAH 11 TAHUN (OLIMPIK ROUND)

Emas – Delwina Cheah (TL)
Perak – Lim Fang Hui (TL)
Gangsa – Aireen Hazirah Bitni Khairul Nasrin (SPS)
Berikut adalah keputusan pasukan yang mengambil bahagian :-

1) MSD Timur Laut - 9 Emas, 7 Perak, 3 Gangsa
2) MSD Seberang Perai Selatan - 2 Emas, 2  Perak, 7 Gangsa
3) MSD Barat Daya - 1 Emas, 1 Perak, 2 Gangsa
4) MSD Seberang Perai Utara - 2 Perak

Majlis Penyampaian hadiah turut dihadiri Mohd Ali Bin Haji Sebran Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan Merangkap Pengerusi Majlis Sukan Daerah SPS, En. Abdul Aziz Bin Harun Pengerusi Teknikal Pertandingan, En. Ahmad Firdaus Bin Yusuf Ketua Unit MSD Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, En. Hamidi Bin Lokman Ketua Unit USPNPP, En. Ibrahim Bin Ahmad PK kokurikulum.

Pertandingan ini telah mendapat sokongan daripada pelbagai pihak antaranya Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Unit Sukan  Prestasi Tinggi Pulau Pinang, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Unit Sukan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, SMK Batu Kawan, Persatuan Memanah Negeri Pulau Pinang dan ibu bapa. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Sekian, terima kasih.

Laporan Disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved