Thursday, April 28, 2016

LAPORAN HARI KETIGA KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK SIRI 1/2016

 Tarikh : 27 April 2016 (Rabu)
Tempat : Gimnasium Kompleks SUKPA, Kuantan
Masa : 7.30 pagi hingga 10.00 malam

Seperti biasa, hari ketiga kem diteruskan dengan semua atlet berkumpul di lobi hotel untuk bergerak ke gimnasium dengan menaiki bas yang disediakan. Sebelum bergerak, atlet diminta berkumpul untuk perhimpunan pagi dan menyanyikan lagu negaraku pada jam 8.15 pagi. 

Sesi latihan pagi ini mengambil masa dua jam setengah dan setiap jurulatih memberi penekanan terhadap "basic elements" yang telah dipelajari oleh atlet di setiap negeri dalam memperbaiki elemen di setiap apparatus. Antara apparatus yang diberi penekanan pada sebelah pagi ialah kekuda berpelana, senam lantai, dan batang titian. Selepas latihan atlet telah diberikan pelepasan untuk makan tengah hari dan solat.

Sesi sebelah petang yang bermula pada 3.30 petang hingga 5.30 petang diteruskan lagi dengan sesi latihan dengan apparatus seterusnya seperti melombol, palang sejajar, palang bertingkat, dan basic element yang masih perlu diperbaiki.

Setelah selesai sesi latihan sebelah petang, atlet diminta berkumpul untuk diberi taklimat oleh Encik Giam Fook Pang antara perkara yang ditekankan kepada atlet dan jurulatih ialah memohon atlet minum air secukupnya disebabkan cuaca panas dan boleh menyebabkan atlet demam, mengutamakan keselamatan dalam bas serta hotel dan sebagainya. Atlet diberi pelepasan selepas taklimat dan terus pulang ke hotel serta active rest.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved