Monday, June 30, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN PIALA REMAJA MILO RANKING MASTER 2014 - 3RD LEG

Tarikh : 28 Jun 2014 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 8.15 malam
Tempat : Ole Ole Superbowl Kulim. Kedah

Berlokasi di Ole Ole Superbowl Kulim, sekali lagi Kejohanan Piala Remaja Milo Ranking Master 2014 dapat dijalankan dimana hari ini memasuki pusingan ketiga kejohanan. Pertandingan ini adalah kejohanan peringkat remaja bagi Zon Utara yang melibatkan 4 buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Tenpin Bowling Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang (USPTN).

Sesi pendaftaran pemain bermula seawal jam 9.00 pagi bagi semua kategori yang dipertandingkan. Kejohanan kali ini mempertandingkan 4 kategori iaitu Bawah 12 Tahun, Bawah 16 Tahun, Boys Open dan Girls Open. Jumlah penyertaan untuk kesemua kategori adalah 88 orang.

1) Bawah U12 - 32 orang
2) Bawah U16 - 39 orang
3) Boys Open - 11 orang
4) Girls Open - 6 orang

JUMLAH - 88 orang


Berikut disertakan keputusan mengikut kategori yang dipertandingkan :-

BAWAH 12 TAHUN
1. Johan - Nur Amirah Farihah Azhlan (PEN) - 1042 jatuhan pin/avg 173.7
2. Naib Johan – Megat Zahrul Haiqal Bin Megat Zairudin (PEN) - 1033 jatuhan pin/ave 172.7
3. Ketiga - Luqman Daniel (KED) - 1004 jatuhan pin/avg 167.3
4. Keempat - Aififuddin Luqman (PRK) - 999 jatuhan pin/avg 166.5
5. Kelima - Muhammad Zharfan Shahidi (PER) - 997 jatuhan pin/avg 166.2

GIRLS OPEN

1. Johan - Nur'ain Mustaffa (NS) - 1516 jatuhan pin/avg 187.8
2. Naib Johan - Nurul Shahirah Shahidi (PER) - 1508 jatuhan pin/avg 186.1
3. Ketiga - Puteri Arfah Atilia (KED) - 1444 jatuhan pin/avg 177.5
4. Keempat - Nurul Nadia Mohamad Yaakob (PRK) - 1376 jatuhan pin/avg 172.0
5. Kelima - Suraya Shahidon (PER) - 1358 jatuhan pin/avg 169.8

BAWAH 16 TAHUN

1. Johan - Afiq Arsyuddin (PRK) - 1832 jatuhan pin/avg 229.0
2. Naib Johan - Muhd Haziq Muhd Ridzuan (KED) - 1545 jatuhan pin/avg 193.1
3. Ketiga - Muhammad Aiman Aznel (KED) - 1527 jatuhan pin/avg 190.9
4. Keempat - Ahmad Aiman Ahmad Mazlan (KED) - 1526 jatuhan pin/avg 190.8
5. Kelima - Muhammad Akif Afif Azman (PEN) - 1491 jatuhan pin/avg 184.9

BOYS OPEN
1. Johan - Eugene Oh Chern Yu (PEN) - 1562 jatuhan pin/avg 195.3
2. Naib Johan - Mohd Amirul Che Mat (KED) - 1530 jatuhan pin/avg 191.3
3. Ketiga - Ahmad Zulkarnain Ahmad Mazlan (KED) - 1519 jatuhan pin/avg 187.5
4. Keempat - Amir Ashraf Omar (KED) - 1509 jatuhan pin/avg 186.3
5. Kelima - Mohd Aiman Faris Mahidi (PER) - 1491 jatuhan pin/avg 183.4

Pertandingan tamat jam 8.15 malam. Pihak Unit mengucapkan ucapan tahniah kepada semua pemenang. Tidak lupa juga, pihak Unit mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada muslimin dan muslimat.

Sekian, Terima Kasih

Laporan dari Ole-Ole Superbowl

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved