Saturday, June 21, 2014

LAPORAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT PELAPIS ZON UTARA SIRI 2/2014

Tarikh : 20 Jun 2014 (Jumaat)
Tempat : Bilik Cemerlang MSNPP
Masa : 7.00 pm hingga 8.30 pm

Kejohanan Angkat Berat Pelapis Zon Utara Siri 2/2014 membuka tirai kejohanan pada 20 Jun 2014 yang mana melibatkan Mesyuarat Pengurus Pasukan dan seterusnya secara rasmi akan bermula pada 21 Jun 2014. Pada petang ini, Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi sukan Angkat Berat telah diadakan yang mana dipengerusikan oleh Encik Hamidi Bin Lokman Pemangku Ketua Unit USPTNPP. Mesyuarat bertujuan untuk mengesahkan pendaftaran serta penyertaan atlet dari 3 buah negeri iaitu Perlis, Kedah dan tuan rumah Pulau Pinang. Sebanyak 3 pasukan mengesahkan penyertaan terdiri daripada Perlis, Kedah dan Perlis yang mana melibatkan penyertaan seramai 75 orang atlet (Lelaki - 63 orang, Wanita 12 orang).

Berikut disertakan statistik lengkap bagi sukan Angkat Berat :-

PULAU PINANG (Bwh 12 Tahun)
Lelaki : 16 orang
Wanita : 2 orang
Jumlah : 18 orang

PULAU PINANG (Bawah 15 tahun)
Lelaki : 21 orang
Wanita : 3 orang
Jumlah : 24 orang

KEDAH (Bawah 12 tahun)
Lelaki : 3 orang
Wanita : 2 orang
Jumlah : 5 orang

KEDAH (Bawah 15 tahun)
Lelaki : 13 orang
Wanita : tiada
Jumlah : 13 orang

PERLIS (Bawah 12 tahun)
Lelaki : 7 orang
Wanita : 4 orang
Jumlah : 11 orang

PERLIS (Bawah 15 tahun)
Lelaki : 3 orang
Wanita : 1 orang
Jumlah : 4 orang

Jumlah Keseluruhan (Pulau Pinang, Kedah, Perlis)

Bawah U12 Tahun - Lelaki (26 org), Wanita (8 org) - Total 34 orang.
Bawah U15 Tahun - Lelaki (37 org), Wanita (4 orang) - Total 41 orang.

JUMLAH KESELURUHAN - 75 orang

Sekian, Terima kasih.

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved