Monday, June 2, 2014

LAPORAN RINGKAS PENYERTAAN ATLET PN KE SUKAN MALAYSIA XVII PERLIS 2014

Tarikh : 30 Mei 2014 (Jumaat)
Tempat : Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh
Sukan : Memanah

Skuad Memanah Pulau Pinang telah membutirkan sebanyak 1 Emas, 2 Perak dan 2 Gangsa dimana penyumbang pingat adalah atlet dibawah program Pelapis Kebangsaan iaitu Nur Naseha & Loke Shin Hui. Atlet yang menyumbang pingat adalah :-
1. Nur Naseha - emas 30 meter & gangsa 60 meter.
2. Loke Shun Hui - Perak 70 & 60 meter dan gangsa 50 meter.

Tempat : Kompleks Skuasy, Kangar
Sukan : Skuasy


Sebutir pingat gangsa telah disumbangkan oleh skuad wanita berpasukan melalui gandingan Vanessa Raj, Celina Yeap dan Lim Jee Nee menewaskan pasukan Selangor dengan keputusan 2-1.

Tempat : Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar
Sukan : Olahraga


Seorang atlet Pelapis Negeri iaitu Calvin Boon telah menyumbangkan 1 pingat emas buat kontinjen Pulau Pinang bagi acara 10000 Meter (Akhir) dengan catatan masa 00:34:38.70 saat selepas menewaskan atlet dari atlet Johor (perak) dan Negeri Sembilan (gangsa)

Tempat : Dewan Wawasan 2020
Sukan : Sepak Takraw


Skuad sepak takraw melalui acara regu double lelaki hanya mampu memungut pingat perak selepas ditewaskan oleh skuad dari negeri Wilayah Persekutuan dengan mata 2-0.

Tarikh : 31 Mei 2014 (Sabtu)
Tempat : Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar
Sukan : Olahraga


Sekali lagi atlet Pelapis Negeri iaitu S.Christopher telah menyumbangkan 1 pingat perak buat kontinjen Pulau Pinang bagi acara 5000 Meter (Akhir) dengan catatan masa 00:16:25.48 saat selepas tewas pada atlet pahang.

Tempat : Lapang Sasar Menembak, Sungai Batu Pahat
Sukan : Menembak


Emas yang dinanti-nanti bagi sukan Menembak telah menjelma pada hari ini dengan skuad yang terdiri daripada Mohamad Ammar, Mohamad Ashraf dan Eric Ong dengan pungutan mata sebanyak 1800 bagi acara 10 meter Air Rifle Berpasukan mengalahkan negeri Terengganu (perak) dan Perak (gangsa).

Bagi acara 10 meter Air Rifle Individu, Mohamad Ammar dan Mohamad Ashraf berkedudukan ditempat keempat dan kelima dengan pungutan mata 603 & 602. Manakala Eric Ong di kedudukan ke-12 dengan pungutan mata 595.

Tempat : Kompleks Renang, Kompleks Sukan Negeri
Sukan : Akuatik Renang


Skuad Akuatik Renang tidak menghampakan hari ini dengan kilauan pingat perak bagi acara 50 meter kuak kupu-kupu wanita iaitu Ruth Chuah Ai Choo manakala pingat gangsa disumbangkan oleh kuartet 4x100 meter gaya bebas.

Setakat 31 Mei 2014, atlet dibawah program Pelapis Negeri telah menyumbangkan sebanyak 2 emas, 4 perak dan 2 gangsa.

Sekian, Terima Kasih

Laporan dari Perlis Indera Kayangan

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved